Pasukan Pakar Perub4tan China Akan Tiba di Malaysia 2 Minggu Lagi ” Ini Yang Akan Mereka Lakukan

PUTRAJAYA – Pasukan perub4tan China akan tiba di negara ini bagi berkongsi pengalaman memerangi pandemik koronav1irus (Cov1d-19) dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan itu dijangka tiba dalam masa dua minggu lagi.

“Mereka hanya berkongsi pengalaman bagi membantu menambah baik perkhidmatan,” katanya.

Usahawan Jack Ma Derma RM 58.92 juta Untuk Bangunkan Vaksin ...

Menurutnya, KKM mengambil peluang tersebut untuk bekerjasama dengan China dalam bidang penyelidikan.

“Kita alu- alukan kedatangan mereka dan KKM juga boleh mempelajari sesetengah inisiatif yang dilakukan China.

“Seperti kita tahu, China berupaya membina sebuah hospital baharu dalam masa 10 hari, malah Malaysia juga dapat menyediakan hospital sementara bagi menempatkan pes4kit Cov1d-19 dalam masa tiga hari,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covi1d-19 di sini hari ini.

Pada 28 Mac lalu, Duta China ke Malaysia, Bai Tian menyatakan kesediaannya untuk menghantar pakar perub4tan ke negara ini dalam usaha membanteras penul4ran Covi1d-19.

Pada perkembangan sama, beliau berkata, KKM telah menerima kit ujian pantas yang canggih daripada Korea Selatan.

Malaysia terima sumbangan bekalan perubatan dari China - The ...

“Kita akan membuat ujian pengesanan dalam masa terdekat bagi melihat keberkesanan dan ketepatannya.

“Kita tidak mahu ulangi kesilapan Sepanyol dan United Kingdom yang tidak menunjukkan ketepatan sebenar,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Sinar Harian

Be the first to comment on "Pasukan Pakar Perub4tan China Akan Tiba di Malaysia 2 Minggu Lagi ” Ini Yang Akan Mereka Lakukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*