Foto Eyka Farhana curi tumpuan ramai- “Sis ni adik beradik Aishwarya Rai ke?”

Pelakon jelita, Eyka Farhana menerusi laman sosial peribadinya juga sangat menjadi perhatian ramai peminat dan sehingga kini dia memiliki 1.6 juta followers yang mengikuti perkembangan selebriti ini.

Malah, Eyka Farhana yang juga merupakan salah seorang pelakon drama bersiri popular, Budak Tebing juga bertambah mendapat tumpuan peminat drama tempatan apabila terkesan dengan lakonannya.

Umum diketahui, drama bersiri Budak Tebing yang telah tamat bersiaran di kaca televisyen pada Khamis lalu dimana sebanyak 13 episod telahpun mewarnai kaca televisyen peminat drama tempatan dan tak disangkakan, ianya mendapat sambutan luar biasa ramai.

Eyka Farhana juga diantara pelakon Budak Tebing yang menjadi perhatian ramai

Walau bagaimanapun, menerusi posting terbarunya ini dia turut menerima komen peminat yang mengharapkan agar dia berlakon lagi dalam drama berkenaan. Apatah lagi, ramai meminta agar drama Budak Tebing ini mempunyai siri kedua pula.

Eyka Farhana menerusi Instagram memuat naik dua keping foto dirinya yang cantik mengenakan solekan. Lalu perkongsian terbaru pelakon ini turut mencuri tumpuan ramai yang memuji dirinya itu seakan pelakon Bollywood.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ti Amo 💛 . 📸 @pinography Wardrobe : @ZulherizalStudio Accessories #TheZaitton Makeup : @arymuzamer

A post shared by Atiqa farhana Sarmizi (@eykafarhana) on

Malah diruangan komen, ada yang menyamakan dirinya dengan dua pelakon wanita Bollywood popular seperti Kajol dan Aishwarya Rai apabila dia mengenakan solekan seperti itu.

Dalam pada masa yang sama, di ruangan komen perkongsian foto daripada Eyka Farhana yang meraih lebih 30 ribu tanda suka itu turut dihujani pelbagai reaksi ramai setelah melihat dirinya itu kelihatan berbeza.

“What a doll….”

“Kak belakon lagi cerita Budak Tebing”

“Cantik sangat…”

Sumber: Instagram Eyka Farhana

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "Foto Eyka Farhana curi tumpuan ramai- “Sis ni adik beradik Aishwarya Rai ke?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*