Ded4h Wajah Bayi Di Facebook, Ibu Aiman Tino Selamat Timang Cahaya Mata Ke-11

Ibu kepada penyanyi popular Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil telah selamat melahirkan cahaya matanya yang ke-11 pada Khamis (9 April 2020) lalu di Hospital Selayang.

Bayi diberi nama, Nina Delisya

Hazelina atau lebih mesra dengan panggilan Riena telah melahirkan bayi perempuan seberat 3.39 kilogram secara normal. Memetik laporan daripada Harian Metro, bapa Aiman Tino iaitu Yusry Ishak yang berusia 50 tahun itu berkata, kelahiran bayi yang ke-11 ini merupakan kelahiran yang sangat mencabar kerana isterinya terpaksa bertahan selama 8 jam di bilik bersalin.

Selalunya kurang dari dua jam dia sudah melahirkan anak, tapi kali ini proses kelahiran  luar biasa. Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk ‘tutup kilang’ seperti yang disarankan doktor.

Menurut Riena, anak ke-11 yang dinamakan Nina Delisya ini berkemungkinan merupakan anak terakhir yang dilahirkannya. Hal ini berikutan dengan nasihat doktor yang telah menyarankan supaya dia tidak lagi hamil atas faktor kesihatan lebih-lebih lagi usianya kini sudah pun mencecah 43 tahun.

Bakal timang cucu

Menceritakan kisah itu, Yusry memberitahu dia akan membawa isterinya itu ke hospital untuk menjalani pembed4han kecil bagi menc3gah kehamilan. Atas nasihat doktor, ini mungkin merupakan langkah terbaik yang boleh dilakukan mereka supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Difahamkan, mereka juga bakal menimang cucu tidak lama lagi.

Lagipun masa menantikan isteri bersalin timbul rasa insaf dalam diri dan tidak mahu isteri hamil lagi kerana kasihan melihat keadaannya yang letih. Mujurlah saya ada di sisinya ketika itu. Saya juga bakal menimang cucu hujung tahun ini. Jadi nak tambah anak pun rasa tak sesuai,

Sementara itu, menerusi akaun Facebook Riena Yusry, dia ada memuatnaik gambar puterinya itu dengan memberitahu bahawa mereka berdua akan pulang ke rumah pada 10 April 2020 (Jumaat). Difahamkan, Riena akan pulang ke rumah mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan akan berpantang di sana.

Sumber: Riena Yusry, Harian Metro, Astro Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: OHBULAN!

Be the first to comment on "Ded4h Wajah Bayi Di Facebook, Ibu Aiman Tino Selamat Timang Cahaya Mata Ke-11"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*