“Kepada Yang Tertanya-Tanya Kenapa Saya Balik Awal Dari Semua Orang, Time Will Tell” – Ben Amir

Pelakon Ben Amir mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertanya tentang dirinya selepas berita mengenai pengarah, pelakon dan kru produksi drama Demi dis4hkan positif COV1D-19.

Ben yang disahkan tidak dijangk1ti wab4k tersebut menghargai semua yang mengambil berat tentang dirinya.

Perkara tersebut dikongi Ben menerusi laman sosial Twitternya, pada pagi Rabu.

Bagaimanapun Ben tidak menyatakan sebab dia pulang lebih awal dari Scotland.

“Thank you everyone for checking up on me. Really appreciate that. To those wondering why I balik awal dari semua orang, time will tell,” tulisnya.

Status tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada peminat pengikut di Twitter termasuk yang melarang Ben menulis perkara-perkara yang boleh mengundang spekulasi.

Tidak kurang juga yang memuji Ben kerana tidak membuka mulut mengenai perkara tersebut.

Kesemua enam kru produksi drama Demi arahan Rahila Ali itu disahkan positif wab4k tersebut pada Selasa lalu.

Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum k3s penul4ran COV1D-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.

Drama Demi, diadaptasi daripada novel dibintangi Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

Bagaimanapun, Ben pulang beberapa hari lebih awal daripada kumpulan produksi terbabit.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Kepada Yang Tertanya-Tanya Kenapa Saya Balik Awal Dari Semua Orang, Time Will Tell” – Ben Amir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*