12 Penja4a Bertungkus Lumus Hasilkan PPE Untuk ‘Frontliners’, Tiada Cuti

Kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) antara kekangan yang perlu dihadapi petugas barisan hadapan sejak penularan wab4k Cov1d-19. Oleh itu, ada diantara petugas yang sanggup bekerja lebih masa demi menghasilkan sendiri alat perlindungan tersebut.

Demi meringankan beban tersebut, para bandvan dari Penj4ra Kajang, Selangor dan beberapa penjara yang lain turut ditugaskan mengendalikan tempahan peralatan perlindungan buat negara.

Penghasilan PPE sentiasa berjalan

Seb4k hari ini dapat bersama memberi semangat pada warden dan bandvan Penj4ra Kajang. Ribuan baju PPE dihasilkan oleh bandvan diajar oleh Pegawai penj4ra. Penghasilan PPE sentiasa berjalan. Pegawai dan kakitangan penj4ra sentiasa bekerja disini. Allahuakbar. Tiada cuti. Saya hantar sedikit sumbangan dan insyaAllah akan hantar 3 mesin basuh saiz besar 24kg untuk memudahkan urusan ini. Semoga Allah terima semuanya. Semoga Allah sampaikan pahala ini buat mak ayah yang kita semua cintai.

Menerusi Facebook Ustaz Ebit Lew, dia telah berkunjung ke Penj4ra Kajang bagi memberikan semangat kepada pihak berkuasa dan para bandvan yang terlibat dalam penghasilan pakaian keselamatan tersebut. Tambahnya, dia sangat seb4k apabila mengetahui para bandvan di situ tidak pernah cuti dan bekerja sepanjang masa untuk menghasilkan PPE.

Melahirkan manusia takwa

Pengarah Penjara Kajang. TKP Abdul Halim baik sangat. Terharu. Di Facebook selalu share tentang dakwah saya. Katanya menangis tengok pakcik di jambatan ustaz bawa balik. Terharu ustaz. Tuan Hj Abdul Halim seb4k menang1s. Allahuakbar. Banyak lagi kerjasama saya sedia bersama membantu penghuni penj4ra untuk lebih dekat pada Allah dan menjadi manusia yang baik.

Semoga Allah rahmati Penj4ra Kajang dan semua penj4ra menjadi macam universiti, madrasah,dan tempat melahirkan manusia takwa. Syukur dapat bersama usaha dikala cov1d 19 mel4nda. Saudaraku disebalik ujian ada rahmat.

Di samping itu, Ustaz Ebit turut memberi sedikit sumbangan kepada pihak penj4ra tersebut. Beliau turut meluahkan perasaan gembira kerana dapat meluangkan masa berborak dengan Pengarah Penj4ra Kajang semasa berkunjung ke sana. Sebelum melangkah keluar dari penj4ra tersebut, Ustaz Ebit turut berharap darjat para bandvan ini diangkat kerana mereka bekerja keras sepanjang tempoh mus1bah yang sedang mel1nda seluruh dunia.

 

12 penj4ra bantu menjahit

Menurut laporan Bernama, sebanyak 12 penj4ra di seluruh negara terlibat dalam menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE). Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said semua bengkel jahit penj4ra yang terlibat juga akan memberi keutamaan kepada pembuatan PPE memandangkan keperluann tersebut diperlukan segera.

Tindakan ini sebagai inisiatif Jabatan Penj4ra untuk membantu meringankan beban kerajaan dalam isu menangani COV1D-19, selain mengurangkan ris1ko yang dihadapi petugas barisan depan khususnya kakitangan kesihatan. Kita berterima kasih kepada usaha yang ditunjukkan penghuni penj4ra yang bertungkus-lumus setiap hari memastikan bekalan PPE mencukupi dan proses ini juga dilakukan secara sukarela oleh penjara terlibat.

Tambahnya, usaha yang dilakukan oleh pihak penj4ra itu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri masing-masing. Pihak kerajaan negeri turut menyumbang bahan selain berperanan mengagihkan PPE yang sudah siap ke hospital yang memerlukan. Di samping itu, beliau turut berharap para bandvan akan menggunakan kemahiran menjahit yang dipelajari dalam penj4ra supaya mereka mampu mencari sumber pendapatan dan memulakan kehidupan baru kelak.

 

Sumber: Ustaz Ebit Lew & Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: OHBULAN!

Be the first to comment on "12 Penja4a Bertungkus Lumus Hasilkan PPE Untuk ‘Frontliners’, Tiada Cuti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*