Puteri Aishah, Pengarah & Kru Produksi Positif Cov1d-19 Selepas Pulang Dari Penggambaran Di Scotland

Industri hiburan tanah air sekali lagi dikejutkan dengan berita pelakon cantik jelita, Puteri Aishah disahkan positif Cov1d-19. Berita ini disampaikan sendiri oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi akaun Instagramnnya.

Puteri Aishah, kru positif Cov1d-19

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuhu..Salam Mahgrib..🤲🏻 “She just tested POSITIVE for COVID19 an hour ago..😭🦠 . Please pray for her, Please DOA kan dia supaya cepat sembuh..”🤲🏻💔 . STAY STRONG PUTERI 🙏🏻 #puteraishah #positivecovid19 #staystrong #mayallahblessyou @puteriaishahofficial

A post shared by Iman Tang (@imantang75) on

Menerusi kapsyen yang ditulis Iman Tang, dia meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat Puteri Aishah. Pelakon wanita ini bersama pihak produksi dikatakan baru sahaja pulang dari menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland. Difahamkan, pelakon-pelakon lain seperti Ben Amir, Ashraf Muslim, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa juga turut terlibat dalam penggambaran tersebut.

Susulan kejadian itu Harian Metro turut melaporkan bahawa pengarah drama terbabit, Rahila Ali memaklumkan, seramai 18 kru dan para pelakon telah berangkat ke Scotland pada 9 Mac 2020 yang lalu dan telah pulang ke tanah air pada 31 Mac 2020.

Buat masa sekarang, saya dan kru lain masih menunggu keputusan laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa boleh dikatakan, saya dan beberapa kru disahkan positif. Kami juga sedang menunggu untuk saringan kedua.

Tiada s1mptom Cov1d-19

Menceritakan kisah itu, Rahila memberitahu mereka telah berlepas ke negara tersebut sebelum berlakunya peningkatan k3s Cov1d-19 dan pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia masih belum mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terlalu banyak cerita dan fakta salah yang tersebar mengenai kami hingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga masing-masing. Apabila laporan penuh sudah keluar, saya akan kongsikan.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja tiba di Malaysia pada 31 Mac, mereka telah menjalani kuarantin diri selama 14 hari seperti yang diarahkan. Tambahnya lagi, mereka langsung tidak menghadapi s1mptom dan dem4m yang kebiasaannya berlaku kepada pes4kit Cov1d-19.

Kami tidak ada simptom seperti dem4m dan sebagainya tapi kami tak bernasib baik. Apa yang penting sekarang, doakan kami segera sembuh.

Sumber: Iman Tang, Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: OHBULAN!

Be the first to comment on "Puteri Aishah, Pengarah & Kru Produksi Positif Cov1d-19 Selepas Pulang Dari Penggambaran Di Scotland"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*