[VIDEO] Dr Zulkifli Tanya Ustaz Azhar Nak Buat Apa Jika Dilantik Menteri Agama, Ini Jawapannya..

Ustaz Azhar Idrus merupakan penceramah bebas yang terkenal di Malaysia kerana gaya penyampaiannya sungguh bersahaja. Sesiapa yang mendengar ceramahnya pasti tidak akan merasa bosan dengan telatah lucu yang turut diselit dalam memberi jawapan yang tepat.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad membuat perkongsian live di Instagram miliknya bersama dengan Ustaz Azhar Idrus. Perkongsian dua orang ilmuwan agama telah menarik perhatian orang ramai. Hal ini kerana Dr Zulkifli bertanyakan soalan berkenaan apa yang bakal dilakukan oleh Ustaz Azhar jika diberikan kuasa sebagai Menteri Agama Malaysia. Jawapan yang diberikan Ustaz Azhar sungguh tepat dan pada dengan isi.

Guna kuasa yang diberikan

"Kalau UAI Jadi Menteri Agama…"Youtube: https://youtu.be/4V0Ru8fpFTc

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Tuesday, April 7, 2020

Perkongsian live tersebut selama hampir 30 minit membincangkan isu-isu semasa berkaitan agama. Puluhan ribu pengguna instagram turut tidak melepaskan peluang menyaksikan agamawan negara membincangkan isu agama.

Dr Zulkifli ada menanyakan soalan kepada Ustaz Azhar Idrus berkenaan jika Ustaz Azhar diberikan kuasa sebagai Menteri Agama Malaysia, apa yang dia bakal lakukan. Jawapan yang diberikan Ustaz Azhar cukup ringkas dan padat iaitu dengan menggunakan kuasa di jalan yang benar. Tambah Ustaz lagi, jika Islam berada di atas, segala urusan akan dipermudahkan dan semua golongan akan menerima nikmatnya.

Rakaman penuh live Instagram

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: OHBULAN

Be the first to comment on "[VIDEO] Dr Zulkifli Tanya Ustaz Azhar Nak Buat Apa Jika Dilantik Menteri Agama, Ini Jawapannya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*