Lelaki Menyelam Untuk Dapatkan Cincin Perkahwinan Yang Dibuang Ke Pantai

Seperti mana ramai wanita inginkan adegan yang romantik ketika dilamar, ada juga yang ingin mengumumkan pencera1an mereka dengan aks1 yang dramatik.

Itulah yang dilakukan seorang pengguna TikTok apabila dia mencampakkan cincin berliannya ke pantai selepas mendapati suaminya cur4ng.

Selepas memuatnaik video tersebut ke tiktok beberapa bulan lalu, ramai yang bercadang untuk cuba mencari cincin perkahwinan wanita tersebut. Namun seorang lelaki benar-benar melakukannya.

Penyelam skuba, Jake Koehler mengembara lebih dari 20 jam untuk mendapatkan semua cincin tersebut, dan berjaya menjumpainya.

Koehler adalah seorang penyelam dari Georgia yang mempunyai lebih daripada 10 juta subscribers di YouTube. Video di mana dia mendokumentasikan tindakannya itu sudah meraih lebih 385,000 tontonan.

Menurutnya dia menonton video TikTok pemilik cincin itu beberapa minggu yang lalu, tetapi tidak tahu di mana wanita tersebut tinggal atau di mana terletaknya pantai di dalam video itu.

Namun dengan menggunakan Google Maps untuk mencari tempat di mana video tersebut dirakam, dan mendapati ianya berhampiran dengan pantai Virginia.

Pemanduannya ke pantai itu mengambil masa 10 jam pergi dan 10 jam balik, dan dia mengaku ia adalah ris1ko yang besar kerana dia tidak dapat menjamin akan menemui barang perhiasan itu.

Namun walaupun hanya menggunakan video TikTok sebagai panduan, dia berjaya menemui cincin berlian itu. Malah dengan menggunakan pengesan logam, dia turut menjumpai duit syilling, garpu, dan iPhone.

Memandangkan pemilik cincin tersebut tidak mahukan cincin itu semula, Koehler bercadang untuk menggadaikannya.

Sumber: Twitter

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "Lelaki Menyelam Untuk Dapatkan Cincin Perkahwinan Yang Dibuang Ke Pantai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*