Intan Najuwa mahu bantu lagi dipuji! “Saya hanya mampu beri 10k…

Turut terkesan dengan nasib yang mel4nda buat segelintir yang memerlukan akibat keadaan kini yang semuanya sedia maklum dengan penul4ran wab4k Cov1d-19 dimana langkah Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan.

Oleh itu, pelakon muda popular Intan Najuwa baru-baru ini turut sama memberikan sumbangan kepada yang memerlukan dengan menghulurkan bantuan berbentuk barang keperluan harian dan duit.

Sebelum ini, dia mendedahkan berjaya membantu 50 keluarga yang memerlukan disaat ini dan perkara yang dilakukan olehnya itu mendapat pujian ramai dimana dia antara selebriti yang tampil menghulurkan bantuan.

Walau bagaimanapun, bantuan yang dilakukan oleh selebriti ini tidak terhenti disitu namun dia sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila meluahkan hasrat mahu membantu lagi.

Seperti sebelum ini juga, dia meminta agar orang yang memerlukan seperti keluarga atau ibu tunggal yang sangat memerlukan dengan menghantar direct message atau dm melalui laman Instagram miliknya.

Dalam pada masa yang sama, dia membuka kepada orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan sepertinya juga selain dia berharap agar dirinya dan orang ramai dapat bersama membantu mereka yang memerlukan.

Pelakon berusia 22 tahun ini juga memberitahu bahawa dirinya hanya mampu memberikan 10 ribu dan turut berkongsi akaun untuk sesiapa saja yang mahu bersama untuk menghulurkan sumbangan.

Tindakan Intan Najuwa ini dipuji ramai selain diruangan komen pula mendapat pelbagai respon baik mereka.

Intan Najuwa dipuji netizen 

Sumber: Instagram Intan Najuwa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "Intan Najuwa mahu bantu lagi dipuji! “Saya hanya mampu beri 10k…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*