“Beza Kat Lesung Pipit Je…Kalau Tak Dah Sama Dah!” – Berkepala Botak, Sweet Qismina Disamakan Dengan Safiey Illias!

Posting terbaru pelakon Sweet Qismina di laman sosial Instagram (IG) mengejutkan ramai peminatnya apabila memuat naik foto berkepala botak licin.

Walaupun ramai yang meneka penampilan Sweet itu adalah untuk salah satu drama lakonannya, ada juga peminat tert1pu dan melu4hkan rasa sed1h kerana pelakon kesayangan mereka mengorbankan rambutnya yang ikal.

Namun tidak kurang juga yang menyamakan wajah Sweet seiras usahawan kosmetik Safiey Illias ketika berkepala botak.

Tidak lama selepas itu, Sweet memuat naik foto yang sama tetapi yang sudah disunting dengan meletakkan gambar Safiey Illias di sebelah.

Foto tersebut mendapat perhatian hampir 53,000 pengguna laman sosial IG dengan hampir 500 komen.

Antara komen yang menarik perhatian ialah, hanya lesung pipit membezakan wajah Sweet dan Safiey.

Rata-rata pengikut Sweet di laman sosial terhibur dengan posting dibuat dan menyebut memuat naik foto ‘rare’ adalah antara aktiviti popular dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Beza Kat Lesung Pipit Je…Kalau Tak Dah Sama Dah!” – Berkepala Botak, Sweet Qismina Disamakan Dengan Safiey Illias!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*