“Dem4m berlanjutan sehingga suhu badan mencecah 40 darjah selsius” – Uqasha Senrose buat uj1an sar1ngan

KUALA LUMPUR: Demam berlanjutan sehingga suhu badan mencecah 40 darjah selsius mendorong Uqasha Senrose menjalani uj1an sar1ngan COV1D-19 di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Uqasha nekad menjalani ujian saringan itu berikutan bimbang kemungkinan memiliki simpt0m dijangk1ti vlrus berkenaan.

“Saya buat ujian saringan itu semalam bukanlah kerana saya ada hubungan dengan individu dijangk1ti. Saya lakukannya kerana bimbang dengan kesihatan insan sekeliling.

“Saya tinggal bersama keluarga. Di rumah ada emak, abah dan anak saudara. Saya tak mahu hanya kerana sifat pentingkan diri, kesihatan mereka teranc4m.

“Walaupun saya sudah berjumpa doktor dan mengesahkan saya demam biasa, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, saya jalani ujian sar1ngan COV1D-19.

“Saya buat pemeriksaan di sebuah hospital di Kota Damansara dengan menggunakan kaedah pandu lalu,” katanya kepada BH Online.

Mengaku berdebar menantikan keputusan, pelakon filem Hantu Kak Limah ini bagaimanapun lega dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya.

“Tak dinafikan memang saya risau. Siapa yang tak takutkan?  Keputusan ujian hanya diketahui selepas tiga atau empat hari.

“Moga tiada apa yang serius. Saya harap peminat jangan risau dan doakan yang baik-baik sahaja untuk kesihatan saya,” pinta pelakon berusia 27 tahun ini.

Video memaparkan Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menjalani pemeriksaan itu turut dimuat naik di laman Instagram.

Melalui ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan kesejahteraan Uqasha serta berdoa dia terhindar daripada virvs berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Bh online

Be the first to comment on "“Dem4m berlanjutan sehingga suhu badan mencecah 40 darjah selsius” – Uqasha Senrose buat uj1an sar1ngan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*