Gelagat Andi Bernadee Nyanyi Lagu Doremon Bikin Pecah!

Baru-baru ini video gelagat Andi Bernadee nyanyi lagu Doremon yang dikongsikannya menerusi laman Instagram milik penyanyi ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak pemakaian dan suaranya memang boleh buat ramai tertawa.

Sejak akhir-akhir ini nama kartun popular sejak era 90-an ini menjadi sebutan ramai selepas satu agensi kerajaan menggunakan Doremon sebagai contoh untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Disebabkan itu Doremon menjadi kembali terkenal dengan suaranya yang unik tersebut.

Ini termasuklah penyanyi Andi Bernadee yang memuatnaik videonya menyanyikan lagu tema dari kartun tersebut. Namun apa yang membuatkan ramai bingung apabila suara dan pemakaiannya cukup berbeza dari watak yang ada dalam siri Doremon.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Andi Bernadee:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PKP DAY 15

A post shared by #SHIMMY Out Now ! (@andibernadee) on

Adoi, buat hal betullah si Andi ini ya!

Video dengan kapsyen “PKP Day 15” itu telah meraih lebih 115 tontonan dan 41 ribu likes.

Walaubagaimanapun rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur dengan video yang gelagat Andi Bernadee nyanyi lagu Doremon ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“OMG finally hahahha ni best!”

“Makin menjadi-jadilah hahaha”

“Andi comelnya kau ni ey”

Apa-apa pun masing-masing ada cara tersendiri untuk menghiburkan diri dan pengikut mereka di laman sosial. Tidak kira apa juga yang dilakukan, harapnya sentiasa berpada-pada dan tidak menyak1ti hati orang lain.

Sumber: Instagram Andi Bernadee

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "Gelagat Andi Bernadee Nyanyi Lagu Doremon Bikin Pecah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*