“Nape pulak saya xleh pakai Kancil… janji leh berlumba ke syurga”- Man Raja Lawak

Pelawak terkenal tanah air, Man Raja Lawak namanya juga tidak asing dalam dunia hiburan walau bagaimanapun, baru-baru ini dia mendapat perhatian ramai apabila tampil menghulurkan bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

Dikenali sebagai Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kasim meluahkan hajatnya berkongsi hadiah wang tunai hasil menjadi juara di rancangan MLM 2019.

Tindakannya itu mengundang respon baik ramai yang memuji usaha murninya dalam membantu orang memerlukan disaat ini dimana semua tahu bahawa adanya sebilangan besar daripada rakyat Malaysia benar-benar terkesan kerana wab4k Cov1d-19.

Pelawak ini juga ada memuat naik perkembangan bantuan yang diberi olehnya itu menerusi laman Instagram dan difahamkan dia mahu menjual kereta dan motor miliknya demi membantu rakyat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mohon bantu saya..untuk bantu org lain.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Walau bagaimanapun, luahnya selepas ditanya mengenai hal berkenaan juga membuatkan dia berkata tidak ada masalah untuk menggunakan kereta kancil selepas ini asalkan dapat menghulurkan bantuan buat golongan yang memerlukan.

“Ada pulak sahabat boleh tanye… ko jual keta nanti nak bawak family gi mana2 nak naik ape? Jawapan saya mudah jer… kalau Anju leh pakai keta stria Neo…

“Nape pulak saya xleh pakai kancil. Janji leh berlumba ke syurga.” Tulisnya setelah menerima pertanyaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rest jup

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Terdahulu, tindakan pelawak ini yang mahu mengagihkan sebahagian wang kemenangannya kepada orang yang memerlukan itu sangat mencuri tumpuan ramai.

Sumber: Instagram Man Raja Lawak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "“Nape pulak saya xleh pakai Kancil… janji leh berlumba ke syurga”- Man Raja Lawak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*