“Tak Ada Sedikit Pun Milik Saya, Semua Hak Allah” – Siti Nurhaliza Sambut Ulang Tahun Ke-24 Dalam Industri Seni

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan ulang tahun ke-24 dalam industri seni tanahair pada hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Siti atau lebih mesra disapa Tokti berkongsi sekeping foto beserta ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam pencapaiannya sehingga kini.

“Alhamdulillah dan terima kasih di atas kurniaanNya. Tak ada sedikit pun milik saya, semua hak Dia, syukur.

“Buat semua yang telah bersama-sama saya sepanjang 24 tahun ini, tidak kira kebersamaan dalam bentuk apa pun, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya,” tulis Tokti menerusi ruangan kapsyen.

Di kesempatan ini juga, Tokti turut memberikan ucapan penghargaan kepada keluarga, para sahabat, syarikat rakaman serta, komposer, seluruh tenaga produksi dan pihak media yang banyak membantu membina kariernya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah dan terima kasih di atas kurniaanNya. Tidak ada sedikit pun milik saya, semua hak Dia. Syukur. . Buat semua yang telah bersama-sama saya sepanjang 24 tahun ini, tidak kira kebersamaan dalam bentuk apa pun, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya. . Suami, ibu, arwah abah, ibu mentua, anak-anak, adik beradik, keluarga, saudara mara, sahabat handai, staff-staff, syarikat-syarikat rakaman atau label yang pernah bersama saya, penerbit2 album, komposer2, penulis2 lirik, para pemuzik, penyanyi2 latar, koreografer2,penari2 latar, jurusolek2, pereka2 pakaian, penata2 gaya, penerbit2 tv dan radio, deejay2, rakan2 media, rakan2 artis, syarikat2 yang memberi kepercayaan kepada saya menjadi duta produk, ikon, jurucakap dan sebagainya, penganjur2 yang mengundang saya dalam konsert & persembahan2 dan tentunya PARA PEMINAT, SITIZONERS yang tidak pernah jemu memberikan sokongan selama ini. . Alhamdulillah. Doakan agar apa jua yang dipinjamkan kepada saya ini akan dapat saya manfaatkan kepada orang lain. . Terima kasih semua.❤️❤️❤️ . #CT24tahundalamindustri #CT24yearsintheindustry #Siti2020 #KekalCekal #harike15pkpmalaysia . . Foto:@blackpepperproduction Design: @zam_dori @miezcraft

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Memulakan kerjayanya pada 1 April 1996, Tokti turut berterima kasih kepada kelab peminatnya Sitizoners dan semua peminat yang banyak memberikan sokongan.

“Alhamdulillah, doakan apa juga yang dipinjamkan pada saya ini dapat saya manfaatkan pada orang lain,” tulisnya lagi.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan tahniah dan mahu Tokti kekal positif dalam industri seni.

“Alhamdulillah, love you forever! Tiap tahun buat konsert please,” puji seorang wargamaya.

“Tahniah permata negara, selamat ulang tahun,” kata seorang wargamaya.

“Semua milikNya. Semoga Tokti terus dilimpahi rahmat Allah,” komen seorang wargamaya.

“Yeay, Tokti nak online konsert sempena #CT24tahundalamindustri please!” pinta seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Tokti tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada warga Instagram.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Tak Ada Sedikit Pun Milik Saya, Semua Hak Allah” – Siti Nurhaliza Sambut Ulang Tahun Ke-24 Dalam Industri Seni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*