Dah Masuk Studio Rakaman, Fad Kongsi Judul Lagu Dedikasi Buat Arw4h Abam…

Pelawak Fad Bocey mendedahkan bahawa mereka sudah membuat keputusan untuk memberikan judul lagu khas yang didedikasikan buat arw4h Abam sebagai #KITABAIKRAMAISAYANG.
 
Bahkan, Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 29, berkata, dia dan rakannya yang juga merupakan anggota kumpulan Bocey, Achey sudah memulakan sesi rakaman lagu itu di studio.
 
“Kami dah mula merakamkan lagu khas buat Allahy4rham Abam. Terima kasih atas cadangan anda semua.
 
“Kami sepakat untuk pilih tajuk lagu ini adalah #KITABAIKRAMAISAYANG. Semoga dipermudahkan,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kami da start recording lagu khas buat Allahyarham abam..terima kasih atas cadangan anda semua,kami sepakat utk pilih tajuk lagu ini adalah #KITABAIKRAMAISAYANG ,semoga dipermudahkan,kami dah pasang niat segala utk lagu ini akan ada bahagian utk hamzah dan ibu dan keluarga Allahyarham dan akan kami salurkan juga kutipan lagu ini ke pusat tahfiz yg pernah dibantu arwah,mohon doakan yg terbaik ye🙏🏻🤲🏻 #kitabaikramaisayang #bocey @acheykintangkintung @ippohafiz

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Tambah Fad hasil keuntungan daripada lagu itu nanti akan disalurkan kepada ahli keluarganya dan badan-badan kebajikan.
 
“Kami dah pasang niat segala untuk lagu ini akan ada bahagian untuk Hamzah, ibu dan keluarga Allahy4rham.
 
“Kami juga akan salurkan kutipan lagu ini ke pusat tahfiz yang pernah dibantu arw4h. Mohon doakan yang terbaik ya #kitabaikramaisayang #bocey @acheykintangkintung @ippohafiz,” tulisnya.
 
Sebelum ini, Achey pernah menyatakan hasratnya untuk menghasilkan sebuah lagu khas buat Abam yang sudah pergi meninggalkan mereka.

Susulan hasratnya itu, mereka kemudian turut meminta pandangan orang ramai di Instagram untuk memberikan judul lagu bersesuaian hasil kerjasama dengan komposer Ippo Hafiz.
 
Kumpulan Bocey yang dianggotai Fad, Achey dan Abam mula menceburi industri hiburan menerusi pembabitan dalam program Bintang Mencari Bintang pada 2012.
 
Nama mereka semakin dikenali selepas menyertai beberapa musim program Maharaja Lawak Mega.
 
Bagaimanapun, Abam men1nggal dunia secara mengejut pada 10 Februari lalu di kediamannya di Gombak, Selangor.
 
Arw4h meninggalkan seorang balu, Siti Norhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Dah Masuk Studio Rakaman, Fad Kongsi Judul Lagu Dedikasi Buat Arw4h Abam…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*