“Kalau Saya Tak Dapat Bagi Zur1at, Saya Okay Jika Suami Hendak…”- Elizad

Pelakon dan pengacara Elizad akui penantiannya untuk menimang cahaya mata adalah satu perkara yang sangat sukar dalam hidupnya.

Malah Elizad mendedahkan dia pernah memberitahu suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman bahawa dia reda jika dia ditingg4lkan kerana merasa diri tidak sempvrna.

“Sebenarnya bukan mudah untuk saya melalui semua ini. Saya lakukan semua demi zur1at saya dan suami.

“Saya pernah cakap kepada suami, kalau saya tak dapat beri zur1at untuk awak, saya reda jika suami tidak boleh terima saya.

“Sebab saya rasa tak cukup sempurna jika saya tidak melahirkan cahaya mata sendiri.

“Namun suami tidak kisah dan apa yang membuatkan saya tersentuh dia beritahu mungkin ini hikmahnya Allah bagi peluang dia untuk jaga saya selamanya,” katanya kepada Gempak.

Elizad berkongsi perkara tersebut secara eksklusif kepada Gempak untuk perjalanan proses rawatan kesubvran persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilaluinya.

Mengulas mengenai perjalanan IVF yang dilaluinya pada Sabtu lalu, Elizad memberitahu ia berjalan lancar.

“Sesi pertama dengan doktor hari itu, doktor hanya membuat pemeriksaan ke dalam ov4ri saya.

“Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan baik, cuma tidak dapat meneruskan proses itu kerana saya sedang datang bulan.

“Jadi proses itu diteruskan untuk sesi seterusnya,” ceritanya lagi.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zur1at sulung mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ikuti perjalanan @elizadsharifuddin membuat rawatan IVF secara eksklusif

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber:

Be the first to comment on "“Kalau Saya Tak Dapat Bagi Zur1at, Saya Okay Jika Suami Hendak…”- Elizad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*