Joy Revfa Pilih Lelaki Bijak Dalam Perniagaan,Tinggi Ilmu Agama

Sekian lama solo selepas berc3rai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 2017, usahawan kosmetik, Joy Revfa mengakui bak4l menamatkan zaman jandanya dalam masa terdekat.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkata dia akan mended4hkan identiti jejaka itu pada hari pernikahan mereka. Namun, Joy berkata jejaka tersebut bukanlah orang yang sama dengan yang diperkatakan sebelum ini dimana mereka sudah berp1sah sejak tahun lalu,

“Ya, memang betul saya akan bertunang dengan seseorang tidak lama lagi tetapi identiti individu tersebut saya perlu rahsiakan sehingga hari pernikahan kami nanti.

“Bukan apa, takut nanti terlalu berkongsi, ada perkara yang tidak baik berlaku. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Jadi, lebih baik saya memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu. Cuma setakat ini saja yang saya boleh kongsikan.

“Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti. Yang pasti, bakal tunang saya bukan individu yang sama dengan sebelum ini. Saya dengan bek4s kekasih sudah berp1sah sejak tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Joy berkata dia inginkan pasangan hidupnya selepas ini seorang yang berpengatahuan luas dalam dunia perniagaan serta tinggi ilmu agama agar dapat membimbingnya.

“Saya lebih memilih seorang lelaki yang lebih bijak dalam perniagaan dan mempunyai pengetahuan tinggi ilmu agama supaya dia dapat membimbing serta berkongsi ilmu dengan saya sebagai seorang suami,” ujarnya.

Sebelum berkahwin dengan Hafiz Hamidun, Joy pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Joy Revfa Pilih Lelaki Bijak Dalam Perniagaan,Tinggi Ilmu Agama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*