Bukan ustaz biasa-biasa

SIAPA kata ustaz cuma tahu berceramah. Lihatlah Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin, 43, dia bukan saja seorang daripada 10 pakar selaman tahap course director di dunia malah mampu menerbangkan pesawat Cessna.

Bukan itu saja, Ustaz Muhamad Abdullah juga handal menunggang kuda, men3mbak selain mem4nah.

Semua ilmu itu dikumpulnya dalam tempoh 21 tahun.

“Saya seorang yang sukakan cab4ran dan sentiasa mempelajari ilmu baharu. Bagaimanapun, saya lebih fokus kepada aktiviti mem4nah, berenang dan menungg4ng kuda kerana ia tuntutan sunnah serta mengikut saranan Rasulullah SAW.

“Saya berusaha untuk meningkatkan ilmu memanah dan berenang kepada men3mbak serta menyelam kerana ia seiring dengan perubahan zaman selain memang bermanfaat,” katany

BERKEBOLEHAN menerbangkan pesawat Cessna.

Ustaz Muhamad Abdullah memiliki lesen menyelam profesional course director (Keselamatan Awam) daripada Amerika Syarikat (AS) malah dia juga diiktiraf sebagai Komandan Selaman Keselamatan Awam pada 2017.

Menurut Ustaz Muhamad Abdullah, dia terbabit secara serius dalam dunia selaman kerana mahu membangunkan bidang berkenaan untuk kepentingan masyarakat Islam.

USTAZ Muhammad Abdullah (kanan) bersama penyelam luar negara.

“Setakat ini, saya melatih kira-kira 1,000 jurulatih selaman dan mahu melahirkan lebih ramai golongan ini dalam kalangan orang Islam.

“Ini adalah perjuangan j1had saya dan berharap segala impian ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Menurut Ustaz Muhamad Abdullah, dia juga tidak menyangka akan dianugerahi lesen tahap tertinggi course director dalam bidang selaman kerana sebelum ini, dia hanya berfikir lebih memadai berada pada tahap jurulatih.

“Namun, segalanya mula berubah pada 2014 ketika saya membawa rakyat Malaysia melancong ke Pal3stin.

“Saya dih4lang masuk ke Pal3stin oleh Isr4el apabila mereka mengetahui saya turut membawa bantuan untuk rakyat Pal3stin,” katanya.

USTAZ Muhammad Abdullah menyelam dalam gua di luar negara.

Ustaz Muhamad Abdullah berkata, sementara menunggu rakyat Malaysia menghabiskan percutian di Pal3stin, dia mengambil peluang menyelam di sekitar laut Mesir dan Cyprus.

“Saya kemudiannya mengambil lesen lanjutan selaman di Mesir, Cyprus dan Sepanyol sebagai jurulatih.

“Pada 2016, saya lulus ujian bagi mendapatkan lesen course director. Rezeki berganda apabila turut dibenarkan memasuki Pal3stin.

“Rupa-rupanya halangan memasuki Pal3stin sebelum ini kerana Allah SWT mahu saya mendalami ilmu selaman pada tahap tertinggi Coure Director dan Komandan Selaman Keselamatan Awam),” katanya yang pernah menyelam pada kedalaman 120 meter.

USTAZ Muhamad Abdullah mengajar kelas Menyelam Keselamatan Awam.

Menurutnya, seperti penyelam lain, dia juga pernah melalui pengalaman bvruk terhempas di batu karang menyebabkannya mengalami keced3raan selain terpaksa solat di atas kerusi selama sebulan.

“Malah, kedua-dua tangan saya juga ced3ra par4h terkena duri batu karang pada 2009,” katanya.

Bagi aktiviti berkuda, katanya, kebolehan dimilikinya bukan untuk menyertai pertandingan, tetapi sebagai hobi mengembara.

MENUNGGANG kuda di Uzbekistan.

“Saya pernah mengembara menunggang kuda selama lima hari di kawasan tujuh keajaiban dunia iaitu di Petra, Jordan,” katanya.

Selain itu, katanya, dia memiliki lesen men3mbak profesional daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerap menyertai pertandingan anjuran PDRM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HM

Be the first to comment on "Bukan ustaz biasa-biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*