“Aku k3cil hati, kau tak wish birthday aku ya…” – Fad Bocey sed1h sambut hari lahir tanpa pelukan Abam

PEM3RGIAN pelawak Abam Bocey pada Isnin lalu cukup memberi kesan kepada dua lagi ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.

Fad menerusi Instagram memberitahu sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada Khamis berbeza tanpa pelukan Allahy4rham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Pemilik nama Muhammad Fadzlie Mohd Nizam ini turut meluahkan rasa rindu terhadap Abam yang sentiasa mengingati tarikh lahirnya.

Fad berkongsi video ketika menerima kejutan sempena hari lahirnya di rumah arw4h Abam.

“Alhamdulillah, bertambah setahun usiaku tapi ulang tahun kali ini terlalu lain untuk aku Bam. Aku sambut kat rumah kau tanpa ada kelibat kau.

“Aku sambut tanpa ada ucapan dan pelukan daripada kau. Aku k3cil hati dengan kau sebab birthday kau, aku wish tau… tapi kau tak wish birthday aku ya.

“Sebab setiap tahun kau tak pernah miss ingat tarikh lahir aku. Kau pergi pun dekat dengan hari lahir aku. Sump4h aku tak kuat,” ujarnya.

Fad turut memuat naik video rakan-rakan dan adik kepada Abam, Ali Puteh membuat kejutan hari lahirnya di rumah arw4h ketika selesai majlis tahlil pada Khamis malam.

Kau pergi pun dekat dengan hari lahir aku. Sump4h aku tak kuat.

FAD BOCEY

PELAWAK

Abam men1nggal dvnia pada pagi Isnin selepas dua hari mengal4mi dem4m pan4s.

Pem3rgian meng3jut pelawak terkenal itu memberi tamparan kepada keluarga, adiknya yang juga pelawak Ali Puteh dan dua lagi anggota Bocey.

Sebelum ini, Fad meluahkan rasa sed1h dan terk1lan kerana tidak dapat menz1arahi pengebum1an Abam kerana sedang bercuti di Jepun.

Dalam pada itu, Fad mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Syaheera Rahman yang sentiasa berada di sisi bagi memberikan sokongan moral.

Fad melahirkan rasa sed1h kerana tidak dapat menziar4hi arw4h Abam buat kali ter4khir.

“Terima kasih isteri tercinta @syaheeraarahman, terus kuat di belakang daddy. Tegur saya kalau saya down… I love you so much.

“Untuk adik-beradik aku @acheykintangkintung dan @aliputeh89, aku sayang korang. Jangan pernah tinggalkan aku ya.

“Untuk sahabat-sahabat yang hebat terima kasih untuk kenangan indah ini… terima kasih untuk anda semua yang sentiasa mendoakan saya juga.

“Saya doakan yang baik-baik juga untuk kamu semua. Saya mohon hadiah hari jadi saya, tolong hadiahkan Al-Fatihah dan doa buat sahabat saya Syed Umar Mokhtar atau Abam,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: MSTAR

Be the first to comment on "“Aku k3cil hati, kau tak wish birthday aku ya…” – Fad Bocey sed1h sambut hari lahir tanpa pelukan Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*