“Mungkin Allah Tahu Kami Belum Sedia Berg3lar Ibu Bapa”

Hampir tiga tahun melayari bahtera rumah tangga, Hazama dan isterinya, Genervie Kam tidak mel4tah apabila sering ditanya mengenai soal zur1at. Hazama berkata dia tidak berputus asa sekiranya belum dikurniakan cahaya mata.

Menurut Hazama, dia percaya Allah akan kurniakan zur1at apabila sampai masanya nanti. Ujarnya lagi, pasti ada sebabnya mereka belum dihadiahkan cahaya mata lagi dan mungkin Allah tahu mereka masih belum bersedia.

“Saya bersyukur dan berserah pada qada dan qadar. Sekiranya Allah nak beri saya anak, saya gembira. Jika Dia tak bagi lagi buat masa ini adalah sebabnya.

“Mungkin Allah tahu saya dan isteri masih belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa. Saya tidak mahu jadikan anak itu sebagai satu trend. Apabila tiba masa yang tepat, mungkin Allah akan hadiahkan kami zur1at,” katanya kepada MH.

Kata Hazama lagi, tugas sebagai ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah kerana bertambah lagi tanggungjawab. Katanya, dia tetap reda jika tidak dikurniakan zur1at sekalipun.

“Pada awal perkahwinan bukan sebab saya nak anak, tetapi saya sangat mencintai isteri saya. Anak itu adalah bonus. Lain pula tanggungjawabnya pada isteri dan anak.

“Sekiranya saya patut dapat anak, alhamdulillah. Jika saya tak dapat anak sekalipun, saya tetap reda dengan ketentuan Illahi. Jadi apa yang saya lakukan sekarang ini saya gembira dengan kehidupan saya kini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "“Mungkin Allah Tahu Kami Belum Sedia Berg3lar Ibu Bapa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*