Rasa jangg4l enam hari sebelum Abam men1nggal dunia – Fad Bocey

“ARW4H merancang nak tambah seorang lagi anak,” kata anggota kumpulan Bocey, Fad menceritakan perbualan terakh1rnya dengan Allahy4rham Abam sebelum dia men1nggal dunia Isnin lalu.

Fad, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berkata, perkara itu dikongsi Abam menerusi ruangan komen di Instagram Fad iaitu dua hari sebelum dia bersama keluarga bercuti ke Tokyo, Jepun pada 4 Februari lalu.

Fad berkata, kali ter4khir dia berjumpa Abam pada 21 Januari lalu dan ketika itu mereka tidak seperti kebiasaan yang akan saling bersalam dan berpelukan ketika bertemu.

“Kami dijemput Ustaz Amin Idris bagi berkongsi mengenai kejayaan Bocey. Ketika itu, ustaz tegvr dan cakap kenapa kami kel1hatan jangg4l antara satu sama lain yang tidak bersalaman. Kebiasaannya kami tidak begitu. Saya pun cakap perkara sama yang turut merasa jangg4l. Tak sangka pula itu sebenarnya tanda arw4h nak meningg4lkan kami.

“Apapun saya dan Achey bersyukur kerana sempat meraikan hari jadi arw4h selepas itu. Cuma ketika itu arw4h biasa saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fad, selepas pertemuan itu, Abam terus meny3pi. Malah, Abam turut senyap tanpa sebarang mesej dalam kumpulan WhatsApp mereka.

“Dalam Instagram, hantaran terakh1rnya adalah enam hari sebelum dia men1nggal dvnia. Sedangkan, sebelum itu sehari dua kali dia akan memuat naik status. Saya tidak fikir bukan-bukan kerana menganggap dia sibuk dengan kerja.

“Ketika dia dem4m pun tak cakap apa-apa dalam kumpulan WhatsApp. Itulah sikap arw4h yang tidak suka menyus4hkan orang. Dia lebih selesa simpan sendiri. Kalau dalam Maharaja Lawak Mega pun, dia sanggup tahan. Kalau kami tak suruh rehat, dia takkan mahu,” katanya.

Dalam pada itu, Fad turut melvahkan rasa terk1lan kerana tidak dapat bersama dan memberi penghormatan ter4khir buat sahabatnya itu.

Menceritakan det1k itu, Fad berkata, dia yang ketika itu berada di Tokyo tidak mempercayai khabar diterima sehingga dimaklumkan sendiri oleh Ali iaitu adik Abam.

“Pada mulanya memang tak percaya sebab ia disampaikan isteri saya menerusi isteri Achey. Isteri saya kejutkan saya dalam keadaan men4ngis.

“Saya tanya dia kenapa dan saya tanya isteri Achey juga kenapa sehinggalah mereka menyebut nama Abam dan beritahu Abam sudah tiada. Tapi, saya tak percaya lagi.

“Saya cakap, tunggu sesiapa daripada keluarga Abam yang maklumkan baru saya nak percaya. Saya terus menghubungi Ali dan dia mengesahkan perkara itu. Saya terus jadi tidak tentu arah. Saya terus fikir, saya memang tak dapat buat apa-apa untuk Abam.

“Saya minta tolong rakan di Kuala Lumpur untuk mendapatkan tiket pulang lebih awal, tapi tetap tidak sempat. Ketika itu saya reda. Sepanjang di sana dan sampai di tanah air pun, saya cakap pada diri sendiri saya terk1lan, Abam sudah tiada,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HM

Be the first to comment on "Rasa jangg4l enam hari sebelum Abam men1nggal dunia – Fad Bocey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*