Kenali Siapa Sebenarnya Diana Danielle Yang Ramai Tak Tahu

Diana Danielle, seorang selebriti yang namanya sudah pun cukup dikenali ramai. Biarpun sudah memulakan karier lakonannya sedari kanak-kanak lagi, pelakon berwajah pan asia ini nampaknya kian menjadi sebutan ramai. Ini terjadi selepas lakonan Diana Danielle dalam drama Camelia membuatkan ramai memuji bakatnya itu.

Dalam drama ini, Diana Danielle membawakan watak seorang gadis bernama Mariam. Dia yang menghadapi pelbagai dugaan hidup mula bercakap seorang diri dan dari situ timbul watak Camelia. Melakonkan dua watak berbeza dalam satu masa bukannya mudah, ini yang membuatkan ramai puji akan bakat yang dimilikinya.

Mahu ketahui lanjut mengenai figura ini? Jom baca serba sedikit mengenai Diana Danielle ini.

Biodata Diana Danielle

NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson

NAMA POPULAR: Diana Danielle

TARIKH LAHIR: 22 November 1991

UMUR: 29 Tahun

PROFESION: Pelakon, penyanyi, pengacara dan model

INSTAGRAM: dianadanielleb

Latarbelakang

Diana Danielle dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat dan dia dibesarkan di Georgetown, Pulau Pinang. Bapanya Danny Beeson telah pun berpisah dengan ibunya, Norsiah Ramli.

Selain itu, Diana Danielle turut mempunyai adik perempuan tiri bernama Hailee Haydeen yang lahir pada tahun 1993.

Diana Danielle menamatkan zaman bujangnya selepas berkahwin dengan Farid Kamil dan kini dikurniakan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Kerjaya

Diana Danielle mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002. Sebelum itu bakatnya mula dikesan oleh Norman Hakim yang juga seorang pelakon. Filem pertama lakonannya adalah Idola di bawah arahan Aziz M. Osman. Diana Danielle kemudiannya membintangi pelbagai filem seperti Evolusi KL Drift, Hantu Gangster, Magika, Jiwa Taiko dan banyak lagi.

 

Selain dari berlakon, Diana Danielle turut berbakat dalam bidang nyanyian. Dia pernah melancarkan single terbaru bertajuk Tentang Kita pada 2017.

Foto Terkini

Diana danielle 1

Diana danielle 2

 

Diana danielle 3

 

Diana danielle 4

Diana danielle 5

Diana danielle 6

Sumber: Wikipedia

Sumber : HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @pisang daily

Be the first to comment on "Kenali Siapa Sebenarnya Diana Danielle Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*