“Bila dengar tu sumpah puas! Nampaklah wajah semua student tu dah haru-biru.” – McD tempat makan bukan tempat study..

“TERIMA kasih kerana bersuara! Kau nak study ke nak buat assignment ke buat kerja ke pergi buat kat perpustakaan.”

Demikian kata netizen yang bersetuju dengan tindakan seorang pemuda berkongsi gambar seorang lelaki sambil memegang plakad tertera perkataan ‘McD tempat makan bukan tempat study’ sebagai teguran s1nis kepada pelajar yang sering menjadikan restoran makanan segera itu sebagai tempat belajar.

Malah pemuda tersebut, Nazrul Nizam Yatiman turut berkongsi pengalaman dilaluinya ketika berkunjung ke sebuah estoran makanan segera di Seksyen 26, Shah Alam baru-baru ini.

Perkongsian Nazrul Nizam di Twitternya mendapat lebih 36,000 ulang kicau dan 26, 300 tanda suka.

Pemuda berusia 27 tahun itu berkata dia terpanggil untuk berkongsi pengalamannya selepas terlihat gambar teguran s1nis lelaki bersama plakad itu di Instagram malam Selasa.

“Bila saya scroll Instagram saya ternampak gambar lelaki pegang sign ‘ni McD bukan tempat study’. Nampak je gambar tu saya terus teringat pengalaman saya dulu.

Tweet Anas mendapat perhatian netizen.

“Saya terus screenshot, crop dan post dekat Twitter sebab kebetulan kena pula dengan situasi yang saya sendiri pernah lalui tempoh hari,” katanya kepada mStar.

Menurut Nazrul Nizam atau lebih mesra disapa Anas, dia memang tidak bersetuju restoran makanan segera itu dijadikan lokasi pelajar ‘berkampung’ untuk mengulang kaji pelajaran mereka selepas menyaksikan ins1den mengejutkan berlaku di depan matanya.

“Waktu sedang beratur untuk membuat pesanan di McD saya terkejut apabila seorang gadis dari sekumpulan pelajar menegur dua beradik yang membuat bising di restoran terbabit.

“Dia kata ‘boleh tolong senyap tak? Both of u distvrbing our study… kitaorang tak fokus. Saya memang terkejut dan ger4m sebab cara dia sound tu memang rvde.

“Then parents budak-budak tu pun terus mar4h anak-anak dia suruh jangan bising. Saya tiba-tiba terk3du sebab parents tu pula seolah-olah rasa serba salah dengan tindakan anak mereka,” katanya.

Namun tanpa diduga, Anas berkata seorang wanita yang terdengar teguran pelajar terbabit akhirnya bersuara mempertahankan keluarga kanak-kanak itu.

Tindakan seorang wanita berani menegur sekumpulan pelajar itu menerima pujian Anas dan juga netizen.

“Kebetulan ada seorang akak ni dia tengah nak ambil sos. Tiba-tiba dia terus sound balik student tu.

“Hello ni McD tau, tempat family bukan tempat study’. Normallah budak-budak bising. Nak study pergi library. Ni bukan library you nak expect sunyi sepi.

“Then uncle tu cakap tak pa, tak pa sebab kami dah nak habis makan. Tapi akak tu minta family tu stay dan kata student tu yang sepatutnya pergi dari situ,” katanya.

Sebaik terdengar teguran tegas wanita itu, Anas berkata dia seolah-olah lega kerana ada individu yang berani membuat teguran sedemikian.

Benda tu common sense. You all study dekat public area tapi expect nak sunyi sepi. Memang tak logiklah. Sebab itulah ramai mar4h bila berlakunya ins1den macam ni
NAZRUL NIZAM YATIMAN
PEMBANTU PERIBADI

“Bila dengar tu sumpah puas! Nampaklah wajah semua student tu dah haru-biru. Tak lama lepas tu mereka kemas barang dan terus blah.

“Inilah kali pertama saya tengok orang berani bersuara macam tu. Situasi macam ni banyak kali dah berlaku tapi tak ada yang berani bersuara.

“Kalau pergi McD Seksyen 2, level atas tempat tu dah macam dikhaskan untuk student study sampai pagi. Ada yang siap bawa selimut dan baju sejuk. Mereka memang berkampung dekat situlah ramai-ramai,” katanya.

Reaksi netizen terhadap posting tersebut.

Jelas pemuda yang bekerja sebagai pembantu peribadi itu, tidak salah jika mahu belajar di restoran makanan segera tetapi perlulah sesuai dengan masanya.

“Bagi saya tak salah kalau nak study kat McD tapi kena tengok kesesuaian. Masa kejadian tu kira-kira pukul 8 malam. Waktu tu memang peak hour.

“Bagi saya tak patutlah sekumpulan pelajar sibuk-sibuk nak study waktu peak hour macam tu. Berilah ruang kepada orang ramai untuk makan bersama anak-anak terlebih dahulu.

“Benda tu common sense. You all study dekat public area tapi expect nak sunyi sepi. Memang tak logiklah. Sebab itulah ramai mar4h bila berlakunya ins1den macam ni,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“Bila dengar tu sumpah puas! Nampaklah wajah semua student tu dah haru-biru.” – McD tempat makan bukan tempat study.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*