[30 FOTO] Nostalgia Dato’ Siti Nurhaliza

Sejak kecil, Dato’ Siti Nurhaliza merupakan seorang kanak-kanak yang lasak. Ketika itu, dia tinggal di berek Polis, Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Dalam usia yang masih muda, Siti sudah berani panjat pokok dan kebanyakan rakan-rakannya ketika itu ialah budak lelaki.

Selain bermain ke sana ke mari, Siti juga gemar mengayuh basikal keliling kampung.

Sikap tegas arwah bapanya Taruddin dalam jabatan polis membuat siti turut terikut-ikut dengan gaya dan ketegasan bapanya itu. Selain itu, dia juga pernah bercita-cita mahu menjadi seorang anggota polis berpangkat inspektor.

Mungkin disebabkan cita-cita tersebut, gaya dan lagak Siti tidak seperti anak-anak gadis yang lain. Dia gemar berambut pendek setakat paras tengkuk dan bergaya dengan pakaian lelaki seolah-olah tomboy.

Bagaimanapun, sikap tersebut tidak kekal lama. Ketika Siti berusia 10 tahun, dia mula berubah sikap apabila didesak oleh ibunya menjual kuih. Perangai tomboy sedikit demi sedikit berubah dan dia mula berjinak-jinak dengan baju kurung serta pakaian-pakaian wanita yang lain.

Kemiskinan dan keperitan hidup telah banyak mengajar Siti menjadi seorang insan yang tabah. walaupun terpaksa menjual kuih keliling kampung, di pasar-pasar malam dan di bandar, namun Siti tetap patuh dan sekaligus mengetepikan rasa malunya.

Kini, meskipun Siti sudah popular, namun tanggungjawab tidak pernah dilupakan. Dia masih berusaha keras untuk meningkatkan kerjayanya dalam bidang seni suara demi membantu keluarganya yang banyak berjasa.

Istimewa untuk pelawat myartis… jom kita imbas 34 gambar nostalgia Siti..!

Biodata

Nama Penuh : Siti Nurhaliza Bt Tarudin

Tarikh Lahir : 11 January 1979

Tempat Lahir : Kg Awah, Temerloh Pahang

Adik-beradik : 7 orang

Anak ke : 4

Zodiak : Capricorn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: myartis via LepatPisang

Be the first to comment on "[30 FOTO] Nostalgia Dato’ Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*