Gimik apa pulak? – Ajak Shiro

ADIK pelawak terkenal, Ajak Shiro iaitu Mohd Fitri Razak, 30, meIecur tahap dua selepas silinder gas meIetup di tempat kerjanya di Pelabuhan Klang, jam 3.40 petang semalam.

Ajak berkata, adiknya yang dir4wat di H0spital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akan dipindahkan ke h0spital di Kuala Lumpur.

“Adik saya tinggal di Cheras. Dia bekerja merata tempat. Kebetulan semalam dia berada di Pelabuhan Klang untuk membaiki pendingin hawa bangunan.

“Ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakan. Apabila gas meIetup, dia arahkan kawannya keluar dulu dan dia lari masuk semula sebab mahu tutup suis utama.

“Pada waktu itu dia terkena. Ini kerana kalau tidak tutup suis mungkin berlaku Ietupan lebih besar. Itu yang dia terus dibawa ke h0spital berdekatan. Bagi memudahkan ahli keluarga menjaganya, kami minta kebenaran untuk pindahkan ke h0spital di Kuala Lumpur. Lagipun, isteri dan anaknya tinggal di Cheras,” katanya kepada Harian Metro.

Ajak yang juga penyampai radio Suria FM turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang menudvhnya sengaja mencipta gimik sempena pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 malam ini.

“Saya ger4m saja baca komen mereka. Sanggup mereka tvduh saya begitu. Saya tak ada masa nak reka gimik. Saya masih waras.

“Ini membabitkan soal nyawa, buat apa saya nak buat gimik. Saya pun tak tahu nak kelaskan tahap pemikiran mereka macam mana,” katanya.

Menurut Ajak, dia tetap beraksi pada pentas akhir MLM 2019 yang bergandingan dengan Ropi dan Pak Ya.

“Dapat tahu berita semalam saya terus berlari ke sana. Ketika itu saya baru sampai untuk buat sesi latihan. Saya minta maaf pada Abang Ropi dan Pak Ya. Alhamdulillah, mereka faham.

“Apa yang sedih semalam adalah adik saya minta maaf sebab kononnya menyusahkan dan ganggu saya untuk final malam ini.

“Tapi, apabila dia cakap hari ini saya kena lupakan dia sehari dan fokus pada final, saya menjadi lebih bersemangat. Insya-Allah, doakan yang terbaik buat saya dan adik saya,” katanya.

Terdahulu, Ajak memuat naik gambar adiknya yang dir4wat di h0spital akibat kemaIangan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : HM via Riverbed

Be the first to comment on "Gimik apa pulak? – Ajak Shiro"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*