Lepas Gerhana Matahari & Meteor, Esok Malam Korang Boleh Tengok Gerhana Bulan Penumbra Pula!

Lepas gerhana matahari cincin dan hujan meteor Quandrantids yang berlaku baru-baru ni, kita semua berpeluang untuk menyaksikan satu lagi fenomena menarik yang akan berlaku.

Dijangkakan esok, 11 Januari korang berpeluang untuk menyaksikan gerhana bulan penumbra pulak!

Kalau korang nak tahu, gerhana bulan penumbra ini berlaku bila kedudukan bulan, bumi dan matahari hampir sejajar dan akan menyebabkan bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi.

Gerhana bulan penumbra ni lain dari gerhana bulan biasa kerana bulan tak bergerak sepenuhnya ke kawasan bayang-bayang bumi tapi hanya di sempadan. So, korang tak boleh nampak cahaya kemerah-merahan yang biasanya kita boleh nampak dari bumi.

Namun, apa yang menariknya tentang gerhana bulan penumbra ini, ia berlaku semasa bulan penuh! Menurut The Sun, bila bulan penuh berlaku sekali dengan gerhana bulan penumbra, korang boleh nampak bulan lebih gelap dari biasa.

Mungkin dari pandangan mata kasar, korang tak boleh nampak sangat perbezaan dia tapi korang boleh nampak perbezaan luar biasa kalau korang tangkap gambar bulan guna kamera. Ha time ni lah nak tunjuk skill!

Bila boleh tengok gerhana bulan penumbra?

  • Gerhana bulan penumbra bermula – 1:07 am waktu Malaysia
  • Kemuncak gerhana bulan penumbra – 3:09 am waktu Malaysia
  • Gerhana bulan penumbra tamat – 5:12 am waktu Malaysia

Keseluruhan Asia, Eropah, Afrika dan Australia dapat menyaksikan fenomena ini bergantung pada keadaan cuaca dan awan.

Untuk pengetahuan umat Islam, menurut Falak Online pula, solat gerhana tak disyariatkan untuk fenomena ini kerana kesan gelap tak mudah dilihat dengan mata kasar. Para ulama meletakkan syarat kesan gelap harus jelas dan mudah dilihat untuk melakukan solat gerhana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Lepas Gerhana Matahari & Meteor, Esok Malam Korang Boleh Tengok Gerhana Bulan Penumbra Pula!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*