Saya ada bukti – Hanna

“SAYA mengetahui hubungan mereka pada November tahun lalu dan luluh hati saya apabila ditik4m insan yang dianggap seperti adik dan suami sendiri,” kata Hanna, 34, wanita yang mendakwa Haziqah Nurul Huda Harun, 23, atau lebih dikenali Yaya, bercinta dengan suaminya, di media sosial.

Ibu tiga cahaya mata itu memuat naik hantaran di Facebook (FB) pada 9 pagi hari ini, mendakwa Haziqah Nurul Huda yang juga pengusaha kuih bakul halal mempunyai hubungan istimewa dengan suaminya.

Dakwaan itu menjadi perbualan hangat netizen sehingga mendapat 34,000 tanda suka, 26,000 komen dan 39,000 perkongsian setakat 4 petang.

Katanya, dia bukan mahu memburukkan atau memfitn4h mana-mana pihak, sebaliknya mempunyai bukti Yaya bercinta dengan suaminya yang berusia 35 tahun.

Malah, pendedahan itu dibuatnya untuk memberi pengajaran kepada wanita lain supaya tidak menjadi m4ngsa sepertinya.

“Saya tahu apa yang saya buat. Sebelum saya memuat naik status itu, saya sudah fikir sedalam-dalamnya dan mendedahkan ia kerana mahu orang tahu hal sebenar.

“Saya tidak mahu ulas panjang kerana saya ada bukti dan akan panjangkan isu ini (bawa ke mahk4mah) kerana dia menudvh saya memfitn4hnya.

“Selain itu saya mahu membuktikan saya di pihak benar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hanna juga memaklumkan sudah memfailkan percer4ian ke atas suaminya dan melantik peguam.

“Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana hati saya sudah tawar. Hubungan dengan suami pun dingin terutama selepas pendedahan itu,” katanya yang mendakwa sudah puas menasihati suami dan Yaya sebaik mengetahui hubungan mereka.

Ketika ini, dia menyerahkan semua urusan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Mengenai perkenalan dengan Yaya, Hanna berkata, dia mula mengenali wanita itu pada akhir Disember 2018 ketika menghadiri kursus berkaitan perniagaan di Kuala Lumpur.

“Daripada situ, saya berkawan dengannya kerana mahu dia mengenali dunia luar disebabkan sebelum ini, dia dakwa hidupnya hanya ada ibu bapa.

“Saya kasihan sebab dia tidak mempunyai kawan, malah dia sendiri mengaku tidak ramai kawan kerana takut dipergunakan.

“Tak sangka saya yang akhirnya menjadi m4ngsa,” katanya yang memberitahu pendedahan itu bukan untuk menjatuhkan Yaya tetapi demi diri dan anak-anaknya yang dianggap m4ngsa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Metro via Apple Hijau

Be the first to comment on "Saya ada bukti – Hanna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*