Dikec4m guna kata kurang ‘manis’ rujuk status Elly Mazlein, Janna Nick minta maaf

Sejak kebelakangan ini, nama selebiti berusia 24 tahun iaitu Janna Nick menjadi sebutan apabila ramai mengecamnya yang did4kwa menggunakan perkataan kurang manis dengan merujuk kepada status pelakon drama Kampung People, Elly Mazlein.

Akui kesilapan berkenaan, bagaimanapun menerusi sumber dilaporkan Janna Nick telah minta maaf kepada pelakon dan pengacara itu. Perkara berkenaan dilakukan oleh Janna Nick sebaik saja selesai rancangan Melodi pada Ahad lalu.

Janna Nick minta maaf

Menurut Janna Nick melalui BH Online, dia juga akur dengan teguran daripada warganet dan kejadian berkenaan turut membuatkan dirinya lebih berhati-hati agar tidak mengulangi kesalahan sama nanti.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang mungkin kurang senang atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap dan berusaha memperbaiki lagi corak pengacaraan.

Pengacara Melodi ini bagaimanapun menerima segala teguran dengan hati terbuka dan berjanji akan lebih peka serta sensitif dalam memilih perkataan agar tidak lagi menyinggung sesiapa.

“Pada tanggapan saya, perkataan ‘janda’ sesuai digunakan, namun saya silap kerana ia sebenarnya tidak manis, apatah lagi untuk program yang disiarkan secara langsung.”

Terdahulu, video Janna Nick tersungkur ketika sedang mengacara rancangan Melodi juga tersebar dan ia dianggap sebagai balasan akibat keterlanjurannya menggunakan perkataan tersebut.

Dalam pada itu, Elly Mazlein bersama pelakon-pelakon dalam drama yang kini sedang hangat diperkatakan ramai, Kampung People hadir sebagai tetamu untuk mempromosikan drama berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: BH Online via HCL

Be the first to comment on "Dikec4m guna kata kurang ‘manis’ rujuk status Elly Mazlein, Janna Nick minta maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*