Ramai Kagum Dekorasi Kantin Sekolah Ini Seperti Restoran Hipster

Memasuki sesi persekolahan 2020, ada segelintir ibubapa yang bimbang akan anak-anaknya ke sekolah. Terutama sekali makanan dan suasana di kantin. Mahu bawakan bekal, si anak mahu membeli pula. Tapi kalau keadaan kantin seperti sekolah ini pasti tidak ramai yang akan bimbang.

Baru-baru ini tular dengan satu posting yang memaparkan beberapa koleksi foto dekorasi kantin sekolah yang cukup menarik. Foto-foto tersebut dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mohd Fahmi Ahmad dan difahamkan kantin tersebut adalah di Sekolah kebangsaan Taman Seri Wang, Sungai Petani, Kedah.

Bukan sahaja dekorasinya yang menarik, malah kantin ini juga diberi nama Sireh Cafe. Melihatkan pada foto-foto yang dikongsikannya ini, perabot seperti kerusi dan meja makan murid dan guru-guru seakan sebuah restoran.

Susunannya nampak kemas dan dapat bayangkan betapa selesanya guru dan murid-murid menikmati waktu rehat mereka.

Berikut adalah foto dekorasi kantin sekolah SK Seri Wang, Sungai Petani, Kedah:

Perkongsian mengenai dekorasi kantin sekolah ini telah meraih lebih 1,500 shares. Rata-rata netizen kagum dengannya dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Bagus penguasaha kantin ni nak buat yang terbaik”

“Macam nie baru best… Cikgu yang nak mengajaq dan murid yang nak belajar. Zaman dah berubah”

“Alhamdulillah. Nampak kemas ala2 hotel. Semoga warga sekolah ni bersyukur…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Mohd Fahmi Ahmad via HCL

Be the first to comment on "Ramai Kagum Dekorasi Kantin Sekolah Ini Seperti Restoran Hipster"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*