KUALA LUMPUR: Pelakon kelahiran Brunei Darussalam, Nina Iskandar, mengotakan janji untuk berkongsi nama dan jantina bayinya apabila memperkenalkan anaknya sempena kedatangan tahun baharu.
Nina yang menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup dengan penolong pengarah, Azlan Adzanan, memaklumkan anak lelakinya yang dilahirkan pada 23 Disember lalu itu diberi nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin.
“Saya dan suami mengambil kesempatan sempena kedatangan tahun baharu untuk memperkenalkan anak kesayangan kami.
“Kami mendoakan Rizqin membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh,” tulis Nina dalam catatan ringkas di laman Instagramnya.
Terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama Andainya Takdir itu berkongsi pengalaman melahirkan anak sulungnya sebagai kenangan yang sukar dilupakan.
Akuinya, masalah kerisauan melampau yang dihid4pi menyebabkan dia gus4r dan 4kut untuk menjalani pembed4han.
Nina bagaimanapun, bersyukur mendapat sokongan doktor dan jurur4w4t yang sentiasa menenangkannya sepanjang melalui episod mendebarkan itu.
“Saya sangat berterima kasih kepada doktor dan jurur4w4t yang berada di sisi ketika proses pembed4han. Mereka berusaha menenangkan saya yang meng1gil ket4kutan apabila suami tidak dibenarkan masuk menemani di dewan pembed4han,” katanya.
Be the first to comment on "Rizqin Lengkapi Hidup Nina Iskandar Dan Suami"