Ikan Berenang Masuk Rumah Ketika Banjir Bikin Ramai Teruja!

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video ikan berenang masuk rumah ketika banjir. Rakaman yang dikongsikan oleh individu tersebut telah menarik perhatian ramai.

Penghujung tahun memang sangat sinonim dengan musim tengkujuh. Purata hujan yang lebih tinggi berbanding kebiasaannya menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air. Ini memberikan kesan kepada penduduk setempat yang membuatkan mereka perlu berpindah ke penempatan sementara jika keadaan banjir teruk.

Biarpun begitu, dalam keadaan rumah dimasuki air banjir ada sesuatu yang turut menarik perhatian ramai. Melalui satu rakaman yang dikongsikan oleh Ismael Haris, air yang sudah mula memasuki rumah namun masih di paras selamat itu telah menjadi perhatian ramai. Ini kerana dalam air banjir di dalam rumah itu turut kelihatan sekumpulan ikan sedang berenang memasuki kediaman tersebut.

Rakaman berdurasi kurang dari 30 minit itu bagaimanapun tidak diketahui lokasi sebenarnya.

Berikut adalah VIDEO yang menjadi perhatian ramai itu:

Video ini telah meraih lebih 540,000 tontonan dan 7,800 shares. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Banjir kat rumah mak dulu tak dak pula ikan mai masuk rumah kan.”

 

“Kat Jepun ikan kat longkang. Ni kat Malaysia siap berenang-renang kat ruang tamu rumah..Hebat Malaysia”

“Campak makanan ikan, biar banyak yang masuk. Lepas tu tutup pintu, bila banjir surut bolehlah kutip saja”

“Rezeki..Insha Allah,selepas dugaan pasti ada berita gembira”

Sumber: Ismael Haris / HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook pisang dailyy

Be the first to comment on "Ikan Berenang Masuk Rumah Ketika Banjir Bikin Ramai Teruja!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*