“Saya selaku ketua juri, dan decide juara adalah 2…”- Tok Ram

Semalam, berakhirlah sudah rancangan Gegar Vaganza musim keenam namun gara-gara tiada naib juara membuatkan ramai tertanya-tanya.

Namun begitu, ramai penyokong bersetuju dengan keputusan diumumkan apabila pada Gegar Vaganza (GV6) kali ini yang mana telah mempunyai dua orang juara, Naqiu Boboy dan Hady Mirza.

Meskipun begitu, Datuk Ramli Ms atau Tok Ram sebagai juri tetap semalam juga ada memberikan penjelasan mengenai kemenangan mereka berdua sebagai juara.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#GempakLive: “Saya selaku ketua juri, dan decide juara adalah 2, mereka equal – Tok Ram. Fuh terbaik la, juri pun tak boleh nak decide siapa juara dan naib juara, sebab dedua hebat ! Apa pendapat korang ?? . . #farmfreshmilkmalaysia #FarmFresh #IniBarulahSusuSegar #GV2019 #GegarVaganza

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

“Saya selaku ketua juri, dan decide juara adalah 2, mereka equal,” ujarnya menerusi Instagram Astro Gempak.

Dalam pada itu melalui Astro Awani, Tok Ram berkata keputusan dibuat sememangnya mereka berdua penyanyi yang bagus dan mustahil untuk meminta mereka menambah lagu atau minggu lagi.

‘Saya decide pemenangan adalah dua, dipersetujui oleh Astro. Bukan (sebab) keluarga, bukan apa, memang dua (penyanyi) bagus takkan you cakap nyanyi satu lagu dan tambah satu minggu lagi? Jadi saya putuskan dengan juri ada dua pemenang,” jelasnya.

Berbicara mengenai alasan menobatkan mereka sebagai juara Gegar Vaganza 2019 ini juga, kata Tok Ram keputusan dibuat selepas persembahan dan markah yang dimiliki mereka adalah sama.

Menurut Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro pula, keputusan berkenaan dibuat setelah mendapat pandangan serta alasan daripada juri.

Bagaimanapun, keputusan dua juara Gegar Vaganza 2019 ini sekaligus mengejutkan ramai dan ia menjadikan musim kali ini menjadi yang pertama dimenangi dua juara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Astro Gempak, Astro Awani via HCL

Be the first to comment on "“Saya selaku ketua juri, dan decide juara adalah 2…”- Tok Ram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*