Netizen Pertahan Tokti Lepas Kecoh Tersebar Gambar Dengan Founder ‘Sugarbook’

Baru-baru ni, agak kecoh di media sosial apabila dua papan billboard di kawasan Bangsar dan Hartamas telah dibawa turun kerana dikatakan berunsur luc4h dan tak sesuai dipaparkan umum.

Papan tanda tersebut merupakan promosi kepada aplikasi ‘Sugarbook’ yang merupakan platform mencari pasangan iaitu ‘Sugar Daddy’ di alam maya. Ops!

Setelah surut sekejap isu tersebut, tiba-tiba muncul pula sekeping gambar yang kini viral di media sosial melibatkan artis nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan pengasas kepada aplikasi Sugarbook ini!

“Sugarbook founder dengan celebrity… yang duduk tu sugarmommy ka…”

Menerusi posting yang viral di Twitter, gambar tersebut menunjukkan Tokti bersama Datuk K bergambar dengan 2 pasangan Cina yang dikatakan founder kepada aplikasi kontroversi tersebut.

Lebih mengejutkan, pengguna media sosial ini melemparkan tudvhan dan ‘usikan’ biad4p dengan mengatakan Tokti mungkin pernah menjadi ‘sugarmommy’ atau ‘sugar baby’. Amboi sedapnya mulut!

“Macamlah Siti tau sapa orang yang nak ambik gambar dengan dia”

Namun mujurlah gambar tersebut tidak mendapat terlalu banyak kecaman dan peminat serta netizen di media sosial mengandaikan yang penyanyi terkenal itu tidak mengenali siapakah orang yang ingin mengambil gambar dengannya.

Lagipun kalau fikir secara logik, Siti Nurhaliza kan seorang penyanyi yang terkenal. Jadi wajarlah ramai orang yang nak bergambar dengannya. Apa-apapun ramai netizen yang mengesyorkan supaya Tokti mengambil tindakan sam4n ke atas individu tersebut.

Gambar 2 tahun lepas rupanya…

Dalam pada tu, netizen sempat juga buat research dan mendapati gambar tersebut sebenarnya dah diambil pada tahun 2017, iaitu dua tahun lalu. Pada ketika itu, Tokti rupanya tengah mengandungkan Aafiyah.

Apa-apapun bagi admin, netizen sepatutnya berhati-hati dalam membuat tudvhan terhadap seseorang sebab kita sendiri pun tak kesahihan di sebalik gambar ni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Netizen Pertahan Tokti Lepas Kecoh Tersebar Gambar Dengan Founder ‘Sugarbook’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*