Kali pertama Jennie kongsi foto dengan lelaki

AHLI kumpulan Blackpink, Jennie merupakan antara bintang Kpop terkenal selain memiliki pengikut yang ramai di laman sosialnya.

Penyanyi lagu berjudul Solo buat pertama kalinya memuat naik beberapa foto bersama seorang lelaki di akaun Instagram miliknya.

Posting yang dimuat naik oleh Jennie dan Song Mino.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thx Jennie

A post shared by MINO (@realllllmino) on

Posting tersebut dimuat naik Jennie pada Rabu yang memperlihatkan berkunjung ke sebuah galeri lukisan.

Selebriti di bawah naungan YG Entertainment itu kemudian mengucapkan tahniah kepada Song Mino.

Jennie dikatakan memberi sokongan serta semangat khas buat rakannya, Song Mino pada pameran lukisan seninya yang pertama.

Selain itu, tiga karya seni dipertaruhkan oleh Song Mino dipamerkan sebagai sebahagian daripada pameran khas untuk bakat-bakat baharu 2019.

Tidak hanya itu, Song Mino juga turut memuat naik sekeping fotonya bersama-sama Jennie dengan kapsyen, terima kasih Jennie.

Pameran seni lukisan itu berlangsung sehingga 25 Disember di Pusat Seni Seongnam, Galeri 808.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MINO (@realllllmino) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Kali pertama Jennie kongsi foto dengan lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*