“4 Tahun Ibu Terlantar K0ma,” Pelajar Sebak Raih 8A Berkat Jaga B0nda

Perlu menjaga ibunya yang koma sejak empat tahun tidak menghalang Zanatul Nur Afini mencatatkan keputusan 8A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) setelah diumumkan baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi seorang penceramah motivasi, Raja Shamri di laman Facebook dengan memuat naik beberapa keping gambar remaja itu selepas dikunjungi beberapa pihak yang prihatin.

Menurut Raja Shamri, remaja berusia 15 tahun itu merupakan satu-satunya pelajar tunggal yang memperolehi keputusan berkenaan di sekolahnya.

 

 

Kisah tersebut menarik perhatian Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menemubual rahsia kecemerlangan akademik Afini selain beberapa wakil NGO turut menyampaikan sumbangan.

Menurut Afini, kejayaan yang diraih adalah hasil pengorbanan dan sokongan ahli keluarga iaitu abangnya Idham dan bapa saudara Amran.

 

Posting berkenaan mendapat pelbagai komen netizen dimana ramai yang tersentuh hati melihat kecekalan Afini dalam menjaga ibunya selain memberikan ucapan tahniah buat remaja terbabit.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Sumber : Raja Shamri/ rosemerah

Be the first to comment on "“4 Tahun Ibu Terlantar K0ma,” Pelajar Sebak Raih 8A Berkat Jaga B0nda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*