Selepas Pemergian Alif, Nora Ariffin Teruskan Hasrat Mengerjakan Umrah

Selepas enam hari pemergian anakanda tercinta, Alif Johan, penyanyi Nora Ariffin memberitahu bakal berangkat mengerjakan umrah 18 Mac depan.

Perkara tersebut dikongsi Nora menerusi posting di akaun laman sosial Instagram (IG)nya.

Nora turut berharap agar niat dan urusannya dipermudahkan Allah SWT.

“Insya-Allah, dengan izinNya, saya tetap akan meneruskan umrah saya pada 18 Mac 2020 nanti.

“Kepada yang akan bersama dengan saya, mudah-mudahan dapat kita bertemu, berkenalan, menjalinkan ukhwah dan berkongsi pengalaman serta paling penting sama-sama beribadah mengerjakan umrah.

“Moga Allah permudahkan niat kita. Terima kasih buat semua. Salam rindu Makkah,” tulisnya.

Kali terakhir Nora menjejakan kaki ke tanah suci adalah pada Disember tahun lalu dan itu merupakan umrah pertamanya tanpa arw4h suami, komposer Johan Nawawi.

Johan Nawawi kembali ke rahmahtullah pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun, akibat ser4ngan j4ntung.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Selepas Pemergian Alif, Nora Ariffin Teruskan Hasrat Mengerjakan Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*