“Baju Yang Saya Bawa Semua Kena Reject” – Zarina Zainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin memberitahu sungguhpun dirinya bergelar pelakon berpengalaman, dia masih lagi mendapatkan tunjuk ajar daripada pengarah dalam menjayakan satu-satu watak.

Bahkan, Zarina, 49, berkata, dia juga sentiasa terbuka untuk menerima segala bentuk teguran dan arahan daripada sutradara apabila berada di set penggambaran.

“Walau lama mana sekalipun kita berlakon, apabila shooting, tetap perlukan tunjuk ajar daripada pengarah,” katanya.

Pelakon drama Isteri Tuan Ihsan itu berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut dibuat selepas Zarina memaklumkan bahawa dirinya ‘ditegur’ gara-gara pakaian yang digayakannya dalam menjayakan watak wanita berusia tidak mengikut kehendak produksi.

View this post on Instagram

Bersama barisan pelakun dan pengarah di set #pesanannadia @rtm_malaysia @vanida_imran @esmadaniel @reenrahim @alkhairul

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

“Bagi drama ini, baju yang saya bawa semua kena reject. Pengarah kata nak Long Piah dalam set, bukan Zarina Zainuddin.

“Seluar yang saya pakai ni saiz 72, XXL, baju saiz XL. Betul juga orang tua-tua suka pakai longgar-longgar,” ujarnya.

Penjelasan itu sekaligus menjawab persoalan umum mengenai penampilan dirinya yang kelihatan agak sedikit berisi.

“Sebab tu pelik apabila sekali imbas tengok gambar sebelum baca, awat besar sangat badan Zarina ni.

“Saya suka walau dengan penampilan yang baru, pakaian yang digayakan tak lah nampak sangat buruknya, malah tetap sesuai dan selesa mata memandang,” komen sebahagian netizen.

Zarina sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama tiga dekad sejak tahun 1989.

VIDEO:

Namanya mula dikenali selepas muncul dengan filem pertamanya berjudul Sumpahan Berdar@h.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak / @LepatPisang

Be the first to comment on "“Baju Yang Saya Bawa Semua Kena Reject” – Zarina Zainuddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*