Kereta TotaI Lost Sbb Elak Langgar Kucing. Pemuda Nekad Bawa Balik Kucing Itu Dan Ini Terjadi Kpd Bisnesnya

Setiap manusia yang diciptakan pastinya akan melalui ujian yang berbeza-beza dan msaIahnya tersendiri. Namun sering kali kita lupa setiap ujian itu tuhan sudah aturkan yang terbaik buat kita di kemudian hari.

Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan kisah jejaka berusia 21 tahun ini apabila rezekinya semakin melimpah selepas memelihara seekor kucing.

Pertemuan Muhammad Syahmi Sulaiman dengan haiwan comel yang diberi nama Saga itu juga berlaku dalam keadaan yang cukup luar biasa.

Mesra disapa Syahmi, dia mendedahkan kereta dipandunya diisytiharkan total loss selepas dia cuba mengelak haiwan itu yang melintas secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 8 Mac lalu.

” Masa tu saya baru balik pasar, dalam pukul 7 pagi. Jalan lengang tapi agak gelap. Saya perasan ada kucing bergduh dengan anjing tepi jalan. Tiba-tiba kucing tu melintas jalan.

” Saya elak kucing tu hingga terlanggar penghadang jalan. Masa balik dari hospital, saya dan ayah pergi ke lokasi kmaIangan. Tengok kucing tu masih ada kat situ. Saya ambil keputusan bawa balik untuk bela.

” Kucing tu kucing jantan, saya letak nama Saga sempena kereta Proton Saga milik abang yang saya pandu dalam kejadian tu,” ujar Syahmi kepada mStar.

Biarpun dirundung maIang, Syahmi mengaku rezekinya dalam perniagaan nasi lemak semakin bertambah selepas memelihara Saga.

Jika sebelum ini pelanggannya tidak ramai, namun kini dia mengedarkan sekitar 400 ke 600 bungkus nasi lemak setiap hari ke sembilan kedai berbeza di sekitar Pulau Pinang.

” Saya baru habis diploma, sambil-sambil tunggu degree saya meniaga nasi lemak. Sebelum ni customer kurang. Sekarang Alhamdulillah makin meningkat.

” Setiap hari dalam 400 ke 600 bungkus saya supply ke sembilan kedai. Biasalah, Allah nak bagi rezeki ni, kita diuji dulu. Selain rezeki perniagaan makin meningkat, saya juga dalam proses untuk beli kereta baharu.

” Malah, saya juga dapat tawaran degree tapi saya tolak dulu sebab ada perkara tak dapat dielakkan,” kongsinya lagi.

Nasi lemak Normala kini diusahakan oleh anaknya, Syahmi. Bercerita mengenai perniagaan itu, Syahmi berbangga memberitahu dia mula belajar memasak nasi lemak seawal usia 10 tahun.

Ujarnya, ia merupakan resepi turun temurun ibunya, Normala Samsuri, 50, yang kini menjadi punca utama pendapatannya.

” Dulu mak meniaga nasi lemak. Mak minta saya teruskan, rugi kalau tak ada orang teruskan.

” Saya sekarang simpan modal untuk buka kedai. Keistimewaan nasi lemak kami tentunya pada sambal. Kalau orang nak tempah pun saya terima,” ujarnya yang turut membantu bapanya membuat kerja-kerja pendawaian eletrik.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Kereta TotaI Lost Sbb Elak Langgar Kucing. Pemuda Nekad Bawa Balik Kucing Itu Dan Ini Terjadi Kpd Bisnesnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*