Azlee Senario mohon doa org ramai, risau dgn keadaan terkini isteri.

PELAWAK Azlee Senario meluahkan kebimbangan mengenai keadaan isterinya iaitu Aslinda Ayob yang kini berada dalam keadaan kurang sihat serta demam sejak lima hari lalu.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar berkata, isterinya terlantar sakit dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja harian di rumah.

“Saya minta kepada semua rakyat Malaysia mendoakan agar isteri saya kembali sembuh seperti sedia kala.

“Sebenarnya saya terkejut kerana mulanya dia hanya kata demam biasa, sepanjang lima hari saya hanya beri dia ubat sahaja dan hari ini saya mengambil keputusan untuk bawa berjumpa doktor kerana risau melihat keadaannya.

“Doktor sudah mengambil ujian darah dan kena tunggu keputusan dalam beberapa hari lagi, saya harap sangat bukan penyakit yang berbahaya,” kata Azlee kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

TERBUKA hati untuk mengikut personaliti dakwah Ebit Lew melakukan kerja amal, pelawak Azlee Senario mengakui jiwanya kini berasa lebih tenang.

Pemilik nama Azlee Jaafar, 54, ini berkata, pengalaman selama beberapa hari mengikut Ebit Lew berdakwah memberi kesedaran kepada dirinya sendiri.

“Selepas ustaz Ebit datang ke gerai buah saya bulan lalu, saya berpeluang mengikuti dia melakukan kerja-kerja amal kebajikan selama tiga hari.

“Dalam pada kita membantu orang susah, kita juga dapat kesedaran dan secara tak langsung belajar juga tentang agama.

“Tidak dinafikan perasaan dan hati saya berasa tenang sepanjang melakukan kerja-kerja ibadah seperti itu,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Ebit menerusi Instagram miliknya memberitahu ahli kumpulan Senario itu seorang yang baik hati dan sentiasa menceriakan orang sekelilingnya sepanjang misi bantuan yang dijalankan itu.

Kata Ebit, Azlee juga meluahkan hasrat untuk terus mengikuti misi bantuan yang dilaksanakannya.

“Bang Azlee sangat baik, dua kali bersama saya dalam misi membantu dan belajar iman. Dia ceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik.

“Balik je selepas beberapa hari, abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah. Rasa nak ikut sentiasa kerja ini. Tenang ya ustaz buat kerja begini, sejuk hati, bahagia, terasa banyak tanggungjawab kita” tulis Ebit.

Dalam pada kita membantu orang susah, kita juga dapat kesedaran dan secara tak langsung belajar juga tentang agama.

AZLEE SENARIO

PELAWAK

Sementara itu, Azlee mengakui dia semakin seronok dalam mendekatkan diri dan belajar lebih mendalam tentang agama Islam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azlee Senario (@azleesenario)

 

Katanya, dia juga melihat pandemik Covid-19 yang berlaku memberi hikmah tersendiri dan mempunyai nikmat kepada menjalaninya dengan ikhlas.

“Insyallah kalau ada ruang dan peluang saya sentiasa ingin belajar dan memperjuangkan agama Allah. Saya juga sedar ada hikmah yang kita dapat di sebalik pandemik Covid-19 ini,” ujarnya.

Selain itu, Azlee juga berkata, dia juga kini mula menghidupkan amalan sunnah di rumahnya sebagai sebagai rutin bersama keluarga.

“Alhamdulillah selepas solat fardu, amalan Taklim saya amalkan sebab ini adalah sunnah Rasulullah dengan membaca fadilat amal. Banyak kelebihan untuk kita dan keluarga jika mengamalkan sunnah ini di rumah,” ujarnya.

Pada 12 Ogos lalu, tindakan Azlee menjual buah-buahan di tapak pasar malam Saujana Utama, Sungai Buloh mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap Azlee yang mengenepikan soal malu dalam mencari rezeki ketika pandemik yang menyekat kegiatan penggiat seni.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Azlee Senario mohon doa org ramai, risau dgn keadaan terkini isteri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*