Rita Rudaini Bangga Anak Raih Anugerah Cemerlang, Mahu Hantar Ke Pusat Tahfiz

 

Pelakon Rita Rudaini bangga dengan kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin apabila meraih Anugerah Kecemerlangan bagi semua subjek dalam satu majlis secara dalam talian, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Rita berkata anaknya yang berusia 12 tahun itu juga menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 selain pelajar terbaik bagi mata pelajaran bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

“Alhamdulillah. Sebab itu, saya tidak kisah berhabis untuk berikan yang terbaik. Macam Rayyan, dia memang fokus untuk semua subjek. Dia akan bising kalau tak dapat markah penuh.
“Saya pula bukan semua subjek tahu. Apa yang saya boleh tolong ajar, saya bantu. Selebihnya dia memang belajar dengan cikgu dan saya turut sediakan kelas tuisyen,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Pelakon drama Shah Alam 40000 itu berkata, dia juga merancang bagi menghantar Rayyan dan seorang lagi anaknya Airit Qaqa Arjuna ke pusat tahfiz pada peringat menengah nanti.

“Mereka pun berminat. Saya percaya, ini saja saham akhirat yang saya ada yang dititipkan oleh Allah kepada saya.
“Saya selalu pesan, nak berjaya di dunia dan akhirat kena rajin solat, mengaji, dengar cakap orang tua dan sentiasa berbuat baik.
“Alhamdulillah, mereka dengar kata. Tapi biasalah budak kan, ada masa datang juga malas mereka. Tapi, saya memang selalu beri nasihat,” ujarnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: omm

Be the first to comment on "Rita Rudaini Bangga Anak Raih Anugerah Cemerlang, Mahu Hantar Ke Pusat Tahfiz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*