Pelakon Lisdawati berkongsi keterujaan dan rasa terharu apabila anak sulungnya, Farhana yang berusia 11 tahun menghadiahkan buku bertajuk Aur4tku Maruahku.
Hadiah itu diberikan sempena ulang tahun kelahiran Lisdawati yang ke-41 dua hari lalu.
Lisdawati juga gembira kerana anaknya itu sudah memakai tudung dengan kehendak sendiri sejak berusia 10 tahun.
“Syukur Alhamdulillah, hidayah milik Allah SWT, bila anak sulung saya dah faham tentang maruah dan aur4t.
“Usia 10 tahun dia dah minta untuk bertudung tanpa ada paks4an, makin jadi pemalu.
“Semoga semua anak-anak mama membesar jadi anak yang soleh dan solehah,” tulisnya sebagai kapsyen.
Di entri itu, Lisdawati turut berkongsi video menunjukkan buku itu kepada suaminya, pelakon Fauzi Nawawi.
Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Lisdawati di ruangan komen, rata-rata mereka memuji tentang cara didikan mereka terhadap anak-anak.
Sekadar info, Lisdawati dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Muhammad Fazreez Hazwan dan Ahmad Nur Fayyadh.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "Lisdawati Berkongsi Keterujaaan dan Rasa Terharu, Anak Bagi Hadiah Yang Tak Terjangka"