“Cukuplah 9 Tahun,” – Tarikh Sebutan Kes 7 Mac, Sehari Sebelum Ulang Tahun Perkahwinan Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof

Cukuplah sembilan tahun, Puteri Sarah nekad fail cer4i.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan k3s bagi permohonan cer4i berkenaan

Kata Sarah tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah itu dilihat signifikan kerana hampir dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.

“Saya lega, kalau ikutkan tahun ini cukup sembilan tahun perkahwinan kami dan sebenarnya tarikh 7 Mac yang ditetapkan mahkamah ini sangat signifikan kerana 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan.

“Syukur Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki,” katanya kepada mStar.

Sarah turut menegaskan dia bukanlah anti kepada poligami, tetapi dia bertindak menuntut cerai kerana kec3wa dit1pu oleh suami.

Kata Sarah lagi, segala usaha yang dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri nampaknya tidak berhasil.

“Sebenarnya poligami itu indah sekiranya suami itu berlaku adil. Tapi sebab saya ditipu dan tak minta izin dan tak berbincang dulu. Jadi saya rasa ini jalan terbaik dan Alhamdulillah saya jalankan tugas sebagai seorang isteri.

“Apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya dah buat yang terbaik, berbincang dengan keluarga, saya bertahan, berjumpa dengan ustaz dan ustazah tapi sama juga masih tiada perubahan,” jelasnya.

Sarah menyifatkan doanya sewaktu mengerjakan ibadah Umrah telah dimakbulkan oleh Allah.

“Hari itu masa saya pergi umrah dan saya minta Allah tunjukkan jalan dan Allah memang dah tunjuk semua.

“Bila kita solat istikharah dan bila kita nak buat sesuatu, Allah permudahkan dan rasa tenang hati, dan maknanya inilah petunjuk yang Allah dah bagi,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "“Cukuplah 9 Tahun,” – Tarikh Sebutan Kes 7 Mac, Sehari Sebelum Ulang Tahun Perkahwinan Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*