Penat tunggu Syamsul Yusof! Puteri Sarah minta cerai, tak rela hidup bermadu

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampak gayanya bakal menemui titik noktah apabila aktres berusia 38 tahun itu memuat naik hantaran berupa ‘bayangan’ mereka akan bercerai.

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengaku dia sudah penat menunggu pengarah tersohor itu untuk tampil berbincang mengenai masalah rumah tangga merek.

Susulan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meminta agar suaminya melepaskannya kerana tidak rela hidup bermadu bersama anak pelakon senior Kazar Saisi iaitu Ira Kazar

Terdahulu, Syamsul memuat naik gambar pernikahan sewaktu menikahi Puteri Sarah dan juga Ira Kaza di laman Instagram dengan menitipkan pesanan agar kedua-dua isterinya bersabar serta bertenang.

Malah, Puteri Sarah menerusi Insta Story miliknya sebentar tadi meluahkan kekecewaan dan menasihati suaminya tidak menyakiti atau melukakan hati anak-anak serta menjaga perasaan mereka.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Antara komen netizen.

Cerai je laa kalau terseksa sgt sampai bila nak makan hati mcmtu lgipon kat luar sana ramai lg lelaki lg baik , tinggal je syamsul tu , contact dgn mak&ayah mertua je 🤦🏼‍♀️ syamsul tu biar ira je jaga nk sgt kan.

Kesian syamsul mcm2 dugaan sekarang.. semoga kemenangan berpihak kepada syamsul.

Tak salah pn jadi janda..satu malaysia tahu citer ni..bercerai sebab apa.

Sy xsalahkn sarah klau dia up dkt media sosial sbb klau dah xdpt dihubungi mcmana nk settle masalah… Mungkin ini jln utk memberitahu suaminya.. Isteri amanah Allah jg dia dgn nyawamu sendiri.

Keluar je sarah… Mmm…berkongsi laki hanye menyakiti wanita je…mcm api dlm sekam..suami ape blok istri camtu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Penat tunggu Syamsul Yusof! Puteri Sarah minta cerai, tak rela hidup bermadu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*