Fazren Rafi hargai pengorbanan isteri

Kuala Lumpur: Pelakon, Fazren Rafi sebak selepas melihat kesukaran isterinya, Syarifah Marlina Ashikin ketika melahirkan cahaya mata keempat mereka.

Fazren menerusi Instagram berkata, dia akan sentiasa menghargai segala pengorbanan isterinya itu.

“Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan ‘baby girl’ (bayi perempuan) seberat 2.8 kilogram (kg) jam 12.01 malam tadi.

“Malam tadi bila tengok perjuangan, pergelutan dan pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat berasa keinsafan dalam diri.

“Rasa nak bagi dunia dekat dia. Tak nak lukakan hati dia dan tak nak dia kecewa dengan sikap kita tapi itulah kita ni iman senipis kulit bawang kejap je keinsafan tu. Dah lama sikit lupa la,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon yang dikenali menerusi drama Spa Q ini turut memberitahu dirinya akan terus berusaha sebaik mungkin demi membahagiakan isteri serta keluarganya.

“Apa-apa pun saya akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga. Jauhkan la saya dari godaan-godaan yang ada di luar (kita ni bukan kuat sangat).

“Yang paling penting saya akan sentiasa ingat dan hargai segala pengorbanan mu isteriku. Terima kasih kerana menyayangi saya selama ini. Balik nanti saya ada kejutan untuk awak,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya dan rakan artis di Instagram turut mengucapkan tahniah dengan perkongsiannya itu.

Fazren mendirikan rumah tangga dengan Syarifah Marlina pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, Rizqeen Humaira dan Mohd Rizqin Haqq.

Mereka juga memiliki seorang anak angkat yang kini berusia 10 tahun.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Fazren Rafi hargai pengorbanan isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*