Aaron Aziz jalani kuarantin di rumah

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, 46, memaklumkan dia kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah bersama keluarganya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Aaron berkata, dia masih lagi belum pulih dari virus itu walaupun sudah empat hari kuarantin di rumahnya.

“Saya disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari umrah. Saya sudah balik umrah empat hari tapi tak baik lagi.

“Saya sudah kuarantin empat hari dalam bilik sendiri,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Aaron menasihatkan orang ramai terutama pengikutnya di Malaysia dan Singapura supaya memakai pelitup muka dan mempraktikkan kebersihan diri bila keluar rumah.

“Saya nak nasihat pada semua pengikut di Malaysia dan Singapura bahawa Covid-19 ‘still around’ (masih berleluasa).

“Jangan ingat benda ni sangat naif dan virus ini sudah tiada atau sudah menjadi kebiasaan seperti normal flu (selsema).

“Please, bila keluar rumah tu sila pakai mask dan praktik self hygiene (kebersihan diri) terutama pada yang memiliki keluarga dan anak kecil,” tulisnya lagi.

Perkongsian Aaron itu turut mendapat reaksi positif dari semua pengikut yang rata-rata mendoakan kesembuhannya.

“Moga Allah beri kesembuhan dan syifa, Amin,”tulis seorang pengikut

“Moga diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa, Amin,”komen pengikutnya

“Syafakallah, semoga cepat sembuh,”tulis seorang pengikut lagi.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Aaron Aziz jalani kuarantin di rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*