Azri Iskandar Bvka Mvlut Isu Kahwin – “Duit Tak Cukup Lagi!”

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan pelakon Azri Iskandar dan kekasihnya, Dr Azra Diera yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Disember ini namun sehingga kini status hari bahagia pasangan tersebut masih menjadi persoalan dalam kalangan warganet dek kerana tiada sebarang informasi mengenainya.

Menerusi perkongsian Melodi di akaun TikTok rasmi mereka, Azri tampil menjelaskan mengenai hal sebenar disebalik status perkahwinannya itu.

“Memang kami target cuti sekolah, Disember. Tapi doakan saya dapat job, Ara pun banyak job sebab kami janji nak buat secepat yang boleh. Sebab duit belum cukup.

“Saya tengah target, bila sampai je cuti sekolah tu, saya dah ada dah (duit).

“Tapi, saya dan Azra mungkin tak jadi kahwin pada tahun ini memandangkan saya sedang sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun,” katanya.

Sementara itu, Azri menegaskan dia tetap akan berpegang pada janji di mana dia cuma akan mendedahkan wajah Azra pada masa yang tepat.

“Kalau betul dia jodoh saya , memang saya sayang dia dan alhamdulillah setakat ini diap pun sayang saya lagi. Apapun, doakan kami.

“Pasal janji itu, doakan jadi terlebih dahulu dan bila majlis pun selesai pasti gambar pun akan ada. Ambil banyak-banyak dan cantumkan jadi besar,” jelasnya.

Ditanya mengenai kecaman yang diterima sejak mengakui hubungannya dengan Dr Azra dalam fasa yang serius, Azri bagaimanapun menegaskan dia bukanlah lelaki gatal yang dimaksudkan malah, sebagai seorang yang dah berusia sepatutnya tidak wujud gelaran ‘Playboy Tua’ dan sebagainya.

“Tu lah dari mana punca Playboy tua tu abang pun tak tahu. Siapa yang mangsa tu? Dia kalau Playboy ni mesti ada mangsa kan?

“Macam ada satu kes yang mengatakan abang ajak kahwin, kalau tidak mesti abang dah kahwin ramai tapi kalau betul, tak kan lah tak laku langsung. Jadi janganlah nak tuduh bukan-bukan,” katanya.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia dan Dr Azra sudahpun mengikat tali pertunangan pada 29 Jun lalu bertempat di Kangar, Perlis.

Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

@melodiberapi Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal berkahwin dengan dengan Dr Azra Diera. Ermmm dah bulan December nie jadi ke tidak eekkk?? #meloditv3 #panas #sensasi #kontroversi #azriiskandarkahwinbaru #drazra #azriiskandar ♬ original sound – Melodi

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : xtra

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Azri Iskandar Bvka Mvlut Isu Kahwin – “Duit Tak Cukup Lagi!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*