Netizen meIuat baca luahan ‘pvtus cinta’ Janna Nick… “Maaf saya tidak cukup matang hadapi situasi ini”

STATUS hubungan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Tindakan Janna sering berkongsi kata-kata hikmah menggambarkan dirinya seolah-olah baru putus cinta mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.

Menjawab mengenai perkara itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, mengakui dirinya belum cukup matang untuk berdepan dengan situasi sebegitu.

Status hubungan Janna dan Dini terus jadi tanda tanya.

“Saya minta maaf seandainya posting saya menyak1tkan mata dan hati sesetengah orang.

“Saya sedar saya tidak cukup matang dan kuat untuk hadapi situasi macam ini. Saya minta maaf dan berjanji akan kembali dengan lebih kuat. Hanya masa dapat menyembuhkan,” katanya.

Janna menulis luahan hatinya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Dia turut memuat naik rakaman suara nyanyian sebuah lagu dengan lirik yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

“Terima kasih mentari setia, pernah membelai hati yang dahaga. Pernah mendakap jasad yang dahaga.

 

Saya sedar saya tidak cukup matang dan kuat untuk hadapi situasi macam ini

JANNA NICK

PELAKON

 

“Sedarlah aku sayang tidak selamanya berpanjangan. Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang,” luahnya.

Dalan hantaran yang sama, dia juga turut berkongsi paparan komen seseorang yang meminta dia tidak lagi bercakap soal hubungan yang sudah terputus.

Janna masih kunci mulut soal hubungan cinta.

Kisah Janna dan Dini mendapat perhatian ramai apabila dia sendiri memuatnaik beberapa status yang menimbulkan ker4guan dalam kalangan peminat.

Selepas dikatakan putus cinta, Janna dilihat membawa diri bercuti ke Eropah.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Netizen meIuat baca luahan ‘pvtus cinta’ Janna Nick… “Maaf saya tidak cukup matang hadapi situasi ini”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*