Tahniah, Isteri Usop Akhirnya Selamat Melahirkan, Nama Anak Pula jadi perhatian..

Baru saja sebentar tadi menerusi akaun Instagram, penyanyi Usop berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya, Teha Richer selamat melahirkan putera sulung mereka.

Usop, 25, telah memuat naik sekeping foto menyaksikan Teha atau Nur Fatihah Md Hashim mendukung anaknya yang diberi nama Muhamad Saif Umar.

“Alhamdulillah, Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terdahulu, kira-kira lewat petang tadi Usop ada berkongsi sekeping fotonya memegang erat tangan isterinya ketika dimasukkan ke hospital bersalin.

Dalam entri itu, Usop atau nama penuhnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor memohon orang ramai mendoakan agar permudahkan urusannya dan isteri menyambut kehadiran ahli baharu.

Sebagai rekod, Penyanyi Usop Mentor, 24, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, dalam majlis pernikahan di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang, jam 10 pagi, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris bersaksikan bapa Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bapa Usop iaitu Muhammad Noor Ismail.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata, dia berharap peminat serta orang ramai yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagiaannya dengan Nur Fatihah sehingga akhir hayat.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terbabit dalam menjayakan majlis ini.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.

Menurup Usop, dia dan isteri tidak terburu-buru untuk menimang cahaya mata.

“Kami serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba. Buat masa ini fokus kami adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.

Dalam majlis itu, Usop menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang emas buat Fatihah.

Usop turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas sembilan dulang. Majlis persandingan bagi pihak perempuan akan berlangsung malam ini di Pulau Pinang manakala majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari ini di Kulim, Kedah.

Usop dan Fatihah bertunang pada 4 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Tahniah, Isteri Usop Akhirnya Selamat Melahirkan, Nama Anak Pula jadi perhatian.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*