“Hadiah ter4khir arw4h” Ramai seb4k, tak sangka anak b0ngsu Shuib sudah besar

Sudah lebih satu tahun, isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad iaitu Siti Sarah Raissuddin telah meninggalkan kita semua akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Kehilangan permata seni itu telah memberi kesan yang mendalam kepada ramai pihak terutamanya ahli keluarga yang sentiasa merindui arwah.

Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di laman Instagramnya, dia telah berkongsi perkembangan anak bongsunya, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam video tanpa sebarang kapsyen itu, ramai yang meluahkan rasa sebak apabila penyampai radio yang berusia 38 tahun itu memasang lagu berjudul Hanya Rindu yang memberi gambaran merindui arwah isterinya.

Malah, kita semua sedia maklum bahawa arwah Siti Sarah berjaya berjuang melahirkan anak bongsunya tiga hari sebelum pergi menghadap Illahi buat selamanya.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen terkejut dengan perkembangan anak keempatnya itu yang sudah membesar dengan baik walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu malah, mereka turut mendoakan agar Ayash dapat membesar menjadi anak yang soleh.

Sekadar info, hasil perkahwinan selama 10 tahun Shuib dan Siti Sarah, mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "“Hadiah ter4khir arw4h” Ramai seb4k, tak sangka anak b0ngsu Shuib sudah besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*