Peminat Bangga Lihat Artis Tanah Air Berkumpul Di Majlis Maulud -“Ini Patut Dicontohi”

Sejak semalam, tvlar di media s0sial terutamanya di Instagram artis-artis terkenal di Malaysia apabila mereka berkongsi momen hadir ke majlis maulidur rasul yang dianjurkan selebriti popular, Neelofa.

Kehadiran ramai rakan artis terutamanya selebriti wanita yang manis berhijab telah meraih pujian daripada warganet.

Kebanyakan mereka berasa gembira apabila public figure yang mereka minati hadir ke majlis-majlis ilmu yang pasti akan memberi manfaat kepada diri mereka serta contoh baik kepada para peminat.

Kebanyakan mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Neelofa kerana sudi menjemput mereka hadir majlis tersebut bagi sama-sama memperolehi keberkatan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Perkongsian-perkongsian daripada rakan artis yang hadir ke majlis itu telah dihujani dengan pelbagai komen dari peminat di Instagram masing-masing.

Rata-rata mereka memuji penampilan mereka disamping meluahkan rasa gembira melihat selebriti yang mereka kagumi turut berada dalam majlis ilmu yang bersifat positif.

Difahamkan, barisan artis seperti Bella Astillah, Zulin Aziz, Puteri Sarah Liyana, Kaka Azraf, Sherry Ibrahim, Wawa Zainal dan ramai lagi itu telah hadir ke majlis maulidur rasul anjuran Neelofa dan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Mereka dilihat berselawat bersama-sama dan turut mendengar ceramah daripada Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang diundang bagi memberikan sedikit tazkirah kepada mereka yang hadir.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Peminat Bangga Lihat Artis Tanah Air Berkumpul Di Majlis Maulud -“Ini Patut Dicontohi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*